Big Merino


Patung Big Merino
Maklumat umum
JenisArca, roadside attraction (en) Terjemah dan big thing in Australia (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Dicipta pada1985; 40 tahun yang lalu (1985)
GenreAnimal sculpture (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Bahankonkrit Sunting nilai ini di Wikidata
SubjekMerino
Saiztinggi 15.2 m (50 ka)
Berat97 tan metrik
Lokasi
PerbandaranNew South Wales Sunting nilai ini di Wikidata
Map
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Big Merino (har. merino besar) ialah seekor biri-biri merino konkrit berketinggian 15.2 meter (50 ka) yang terletak di Goulburn, New South Wales, Australia. Diberikan nama samaran "Rambo" oleh warga tempatan, Big Merino mengandungi sebuah kedai cenderamata pada tingkat bawahnya dan sebuah pameran wul pada tingkat duanya, dan merupakan patung terbesar Australia berdasarkan ketinggian. Pengunjung Big Merino boleh naik ke atas patung itu dan melihat melalui matanya untuk melihat kawasan itu.

Big Merino dibuka secara rasmi pada 20 September 1985 di Jalan Hume 98, Goulburn, kira-kira 800 meter ke arah timur laut dari lokasi terkininya.

Pada tahun 1992, Lebuhraya Hume melangkau bandar tersebut, menyebabkan kehilangan pelancong yang berdaya memenuhi 40 buah bas untuk ke kompleks Big Merino dalam sehari.[1] Pada 26 Mei 2007, Big Merino diangkutkan ke sebuah lokasi yang lebih dekat dengan Lebuhraya Hume yang baharu itu untuk meningkatkan jumlah pengunjung, dan sekarang terletak berdekatan persimpangan bertingkat lebuh raya itu di sebuah stesen minyak. Kini, sebuah tempat mencuci kereta secara pandu lalu menduduki lokasi asal Big Merino.

  1. ^ "Bypassed Rambo looks for new pastures". ABC Rural. 2005-10-03. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Oktober 2016. Dicapai pada 2012-06-12.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

34°46′21″S 149°41′28″E / 34.7726°S 149.691°E / -34.7726; 149.691