BIGBANG is V.I.P | ||||
---|---|---|---|---|
![]() | ||||
Album single oleh BIGBANG ![]() | ||||
Dilancarkan pada | 28 September 2006 ![]() | |||
Dirakamkan pada | 2006 | |||
Tempat | Korea Selatan ![]() | |||
Genre | K-pop, hip hop dan R&B kontemporari ![]() | |||
Panjang | 12:50 | |||
Bahasa | Bahasa Korea ![]() | |||
Syarikat | YG Entertainment ![]() | |||
Penerbit | Yang Hyun-suk ![]() | |||
Kronologi BIGBANG | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Bigbang is V.I.P (digayakan sebagai BIGBANG is V.I.P atau juga dikenali sebagai Single Kedua) ialah album single kedua bagi kumpulan muzik Korea Selatan BIGBANG. Album single ini dilancarkan oleh syarikat YG Entertainment pada 28 September 2006,[1] sebulan selepas pelancaran karya BIGBANG. Mengandungi empat buah lagu, runut "La-la-la" dijadikan sebagai runut utamanya.[1]
Selepas BIGBANG membuat penampilan pertama rasmi mereka dan melancarkan album single sulung pada Ogos 2006, eksekutif YG Entertainment Yang Hyun-suk mengumumkan bahawa kumpulan muzik itu akan mengadakan kegiatan promosi besar-besaran bermula September untuk mempromosikan album baharu mereka Bigbang is V.I.P. Ini termasuklah penampilan sulung di rancangan muzik Korea Selatan, di mana BIGBANG bermula membuat persembahan di rancangan di bawah rangkaian MBC, Show! Music Core pada 23 September.
Big Bang is V.I.P dilancarkan pada 28 September 2006 dalam format fizikal yang terdiri daripada CD+VCD, di mana di dalam VCD itu terdapat video-video muzik untuk single sulung mereka dan video perjalanan BIGBANG di Jepun. Senarai lagu untuk Bigbang is V.I.P termasuklah empat lagu iaitu lagu utama "La-la-la" serta versi instrumentalnya, "VIP" dan "Ma Girl" (Gadisku), di mana runut terkemudian itu merupakan lagu solo oleh Taeyang. Runut "La-la-la" ditulis oleh kesemua anggota BIGBANG, dengan bahagian daripada lagu tema rancangan realiti YG, dan gaya muziknya merupakan gabungan unsur R&B, hip hop dan pop.
Senarai runut BIGBANG is V.I.P[a] | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Seni kata | Gubahan | Susunan | Masa | |||||
1. | "La-la-la" | BIGBANG | Perry | Perry | 2:59 | |||||
2. | "Ma Girl"[b] "Gadisku" (solo Taeyang) | G-Dragon | Israel Dwaine Cruz | Israel Dwaine Cruz | 3:51 | |||||
3. | "V.I.P" | BIGBANG |
| Kim Do-hyun | 3:03 | |||||
4. | "La-La-La" (Instrumental) | Perry | Perry | 2:57 | ||||||
Jumlah masa: 12:50 |
Edisi CD+VCD – Kandungan bonus VCD | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Masa | ||||||||
1. | "We Belong Together" "Kita Milik Bersama" (Video muzik) | |||||||||
2. | "눈물뿐인 바보" "Tangisan Si Lembap" (Video muzik) | |||||||||
3. | "This Love" "Cinta Ini" (Video muzik) | |||||||||
4. | "Big Bang in Japan" | |||||||||