BoBoiBoy Galaxy

BoBoiBoy Galaxy
GenreAnimasi, adiwira, aksi, kembara, cereka sains
PenciptaMohd Nizam Abd Razak
Ditulis olehNizam Razak
Anas Abdul Aziz
Raja Faisal Raja Ihsanudin
Meor Hizmin Amir Hassan
PengarahDzubir Mohammed Zakaria
Yap Ee Jean
Raja Nukman Raja Mohd Noordin
Muhammad Akid Jamel
Pelakon suara
  • Nur Fathiah Diaz
  • Nur Intan Syuhadah
  • Yap Ee Jean
  • Dzubir Mohammed Zakaria
  • Wong Wai Kay
  • Orked Shazwan
  • Anas Abdul Aziz
  • Nizam Razak
  • Wong Pak Lin
  • Ferdiawan Gunarto
Pencerita suara latar
Anas Abdul Aziz
Dzubir Mohammed Zakaria
Ferdiawan Gunarto
Yap Ee Jean
Penggubah lagu tema
Nizam Razak
Nur Sharmine Md Bakri
Lagu pembukaan"Dunia Baru", ditulis dan digubah oleh Sam Bunkface
Diterbit dan dipersembahkan oleh Bunkface (S1)
"Kembali Beraksi", ditulis oleh Nizam Razak
Dipersembahkan oleh Firdaus Rahmat (S2)
Lagu penutup"Di Bawah Langit Yang Sama", ditulis dan digubah oleh Iksan Skuter
Diterbit dan dipersembahkan oleh D'Masiv (S1)
"Teman Setia", ditulis oleh Nizam Abd Razak
Diterbit dan dipersembahkan oleh Maizura (S2)
PenggubahNabil Zuhaily
Raymond Woo
Negara asalMalaysia, Singapura, Brunei, Indonesia,
Bahasa
  • Inggeris (pasaran Inggeris)
  • Melayu (pasaran Melayu)
  • antarabangsa)
Bilangan musim2
Bilangan episod36 (Senarai episod)
Penerbitan
Penerbit eksekutifKee Yong Pin
Noor Ezdiani Ahmad Fawzi
PenyuntingDzubir Mohammed Zakaria
Muhammad Akid Jamel
Raja Nukman Raja Mohd Noordin
Tempoh siaran21-23 minit (S1)
23 minit (S2)
Syarikat penerbitan
Animonsta Studios
Syarikat pengedaran
Primeworks Studios (Media Prima) (Malaysia)
Mediacorp Studios (Mediacorp) (Singapura)
Netflix (Asia Tenggara)
Penyiaran
Saluran asalTV3

(S1)
Disney Channel

(S1)
YouTube (S2)
TV9 (S2)
Netflix (S2)
Astro Ceria (S2)
Format gambar16:9
Siaran asal25 November 2016 – Kini
MengikutiBoBoiBoy: The Movie
BoBoiBoy Movie 2
Diikuti olehBoBoiBoy Movie 3
Pautan luar
Tapak sesawang penerbitan Animonsta Studios

BoBoiBoy Galaxy ialah sebuah siri animasi Malaysia terbitan Animonsta Studios. Siri ini mengekalkan watak BoBoiBoy sebagai watak utama bersama 4 kawan-kawan beliau dan kumpulan mereka dikenali sebagai Kokotaim. Siri ini mula ditayangkan selepas BoBoiBoy: The Movie pada Mac 2016. Kesinambungannya, BoBoiBoy Movie 2 ditayangkan pada Ogos 2019 edaran Astro Shaw. Filem ketiga BoBoiBoy sedang dalam produksi dan Monsta berusaha untuk menayangkan pada Disember 2025.[1]

BoBoiBoy Galaxy merupakan sebuah kisah tentang Power Sphera, robot-robot yang dicipta untuk memberikan kuasa hebat kepada pemiliknya. Namun, projek Power Sphera akhirnya dianggap sebagai projek yang berbahaya dan dibatalkan, dan banyak Power Sphera melarikan diri dan bersembunyi di serata pelusuk galaksi. Mengidamkan kuasa mereka, ramai mahkluk asing jahat cuba mencari dan menangkap Power Sphera untuk kepentingan mereka sendiri.

Untuk mengelakkan Power-Power Sphera daripada jatuh ke tangan yang salah, seorang wira muda dari Bumi, BoBoiBoy, dan kawan-kawannya ditugaskan untuk menjejaki dan melindungi Power Sphera yang bertaburan di seluruh galaksi dengan bantuan organisasi antara galaksi, T.A.P.O.P.S.[a]

Pelakon suara

[sunting | sunting sumber]
  • Nur Fathiah Diaz sebagai BoBoiBoy
  • Nur Intan Syuhadah Mohammad Mohsan sebagai Yaya
  • Yap Ee Jean sebagai Ying
  • Dzubir Mohammed Zakaria sebagai Gopal
  • Wong Wai Kay sebagai Fang
  • Nizam Razak sebagai Papa Zola
  • Anas Abdul Aziz sebagai Komander Koko Ci, Adu Du, Probe, Tok Aba dan Pakcik Kumar
  • Orked Shazwan sebagai Ochobot
  • Nur Iman Andaliz sebagai Laksamana Tarung
  • Wong Pak Lin sebagai Tok Kasa
  • Nur Farah 'Ain Syazwani sebagai Komputer
  • Ferdiawan Gunarto sebagai Qually
  • Badrul Muhayat sebagai Kapten Kaizo dan Maripos

Penerbitan

[sunting | sunting sumber]

Nizam Razak, pencipta BoBoiBoy, berkata bahawa idea penukaran jalan cerita datang pada 2014 apabila beliau berada di Jepun. Beliau berasa kagum dengan kepelbagaian barangan Pokémon. Kemudian, beliau mendapat idea bagi mempelbagaikan Power Sphera. Mereka mula mengasas siri ini selepas tamatnya siri BoBoiBoy pada pertengahan 2016 dan menukar jalan cerita untuk menjadi lebih aktif di mana BoBoiBoy akan mengembara sekitar galaksi berbanding menunggu musuh datang ke Bumi. Latar dalam siri ini bertambah satu hingga dua tahun dari siri BoBoiBoy tetapi jalan ceritanya masih sesuai untuk semua peringkat umur. Animonsta Studios bercadang untuk menghasilkan sekurang-kurangnya 300 episod, dengan filem muncul setiap dua tahun.[2]

Animonsta Studios telah mengumumkan BoBoiBoy Galaxy secara tidak rasmi pada tahun 2013, di mana mereka mengeluarkan gambar poster BoBoiBoy Galaxy dengan apa yang dipercayai adalah pakaian baru untuk BoBoiBoy Blaze dan BoBoiBoy Ais. Pihak Animonsta kemudiannya mendedahkan perancangan mereka untuk BoBoiBoy Galaxy di laman web mereka.[3]

Animonsta Studios kemudian membuat pengumuman secara rasmi di akaun Facebook mereka, di mana BoBoiBoy Galaxy akan mula disiarkan pada Jun 2016.[4] Selepas BoBoiBoy: The Movie, mereka mengeluarkan pengumuman baru yang lebih terperinci: jalan ceritanya akan memaparkan wira-wira muda itu mengembara ke seluruh galaksi untuk mencari Power Sphera, dan mengambil tempat 2 hingga 3 tahun selepas BoBoiBoy: The Movie. Animonsta juga akan mengeluarkan komik dahulu sebelum siri animasi. Mereka juga mengumumkan bahawa produksi akan bermula tak lama selepas itu dan mereka menjangkakan kumpulan episod pertama akan ditayangkan antara September sehingga Disember 2016.[5]

Pada Julai 2016, mereka akhirnya mengumumkan bahawa BoBoiBoy Galaxy akan disiarkan pada cuti sekolah akhir tahun di TV3 di Malaysia manakala tayangan perdana di MNCTV di Indonesia adalah pada Januari 2017.[6]

Sejarah penyiaran

[sunting | sunting sumber]

Musim pertama mempunyai 24 episod. Episod pertama telah disiarkan pada 25 November 2016, dengan episod baru dikeluarkan setiap hari Jumaat pada pukul 5 petang di TV3. Enam episod pertama telah disiarkan secara berturut-turut. Ia ditayangkan di Disney Channel Asia pada 7 Julai 2017, MNCTV Indonesia pada 14 Januari 2017, Disney Channel Asia pada 7 Julai 2017, dan pada 3 Februari 2017 di saluran YouTube rasmi Monsta. Episod terakhir musim pertama disiarkan pada 21 Jun 2018 di Malaysia, dan 23 Jun 2018 di Indonesia sempena Hari Raya Aidilfitri.

Monsta terlebih dahulu mengumumkan bahawa Musim 2 bakal diteruskan dalam versi komik. Ini kerana pencipta, Nizam Razak tidak mahu mengganggu pasukan produksi mereka yang sedang menyiapkan siri dan filem Mechamato.[7] Atas dasar peminat, Monsta bagaimanapun menghasilkan siri animasi ini setelah 5 tahun menyepi tanpa episiod baharu[8][b] dengan inisiatif "Monsta Satelite" di mana bukan hanya Monsta sahaja menghasilkan siri ini.[9][10]

Monsta mengumukan pada Ogos 2023 bahawa Musim kedua akan tiba pada Disember 2023 dengan dibahagikan kepada empat siri. Setiap siri akan mempunyai 6 episod bermula Disember 2023 hingga Jun 2025[c] iaitu BoBoiBoy Galaxy Sori[d], BoBoiBoy Galaxy Windara dan BoBoiBoy Galaxy DwiFusion[e]

Musim kedua mempunyai 18 episod. Episod pertama akan disiarkan pada 3 Disember 2023. Episod baru akan ditayangkan di saluran YouTube rasmi Monsta serta Netflix pada pukul 7:30 malam dan pada setiap hari Rabu & Khamis di TV9 pada pukul 6:30 petang.

Siri ini mendapat jumlah tayangan tinggi untuk 4 episod pertama iaitu 35 juta laporan Aksiz.[11] Siri ini juga menduduki carta teratas di Netflix bagi kategori rancangan TV (secara keseluruhan), mencapai hampir 1.84 juta untuk 4 episod pertama di TV9 dan menerima 65 juta tontonan bagi 6 episod pertama di YouTube.[12]

  1. ^ T.A.P.O.P.S. merujuk kepada Tracker and Protector of Power Spheras (Penjejak dan Pelindung Bola Kuasa)
  2. ^ Ini tidak termasuk BoBoiBoy Movie 2 yang merupakan filem.
  3. ^ Ia seterusnya akan diikuti dengan BoBoiBoy Movie 3 dijangka pada Disember 2025.
  4. ^ SoRi menggabungkan ark Qually lakonan suara Ferdiawan Gunarto dan SoRi daripada Elemental Fusion BoBoiBoy SoRi (Solar & Duri)
  5. ^ GenBara pada asalnya dinamakan GenTarju (Gentar - Elemental Fusion Gempa & Halilintar dan Baraju)
  1. ^ Zahar, Fahim (31 Oktober 2023). "BoBoiBoy Movie 3 Akan Tiba Pada 2025". Aksiz. Dicapai pada 26 Disember 2023.
  2. ^ "Kenapa BoBoiBoy menjadi BoBoiBoy Galaxy, 13 rahsia didedahkan" The Vocket. 6 Disember 2016. Dicapai pada 6 Disember 2016.
  3. ^ "Animonsta Signs With A Global Toy Company, TOMY Diarkibkan 2014-10-22 di Wayback Machine" Animonsta Studios. 2 September 2014. Dicapai pada 9 September 2015.
  4. ^ "Kepada semua penggemar BoBoiBoy, kami ingin meminta maaf atas keterlambatan penayangan episode 19. Team MONSTA sedang berusaha untuk menyelesaikan "BoBoiBoy The Movie" dan mengerjakan episode series BoBoiBoy pada saat yang bersamaan." Facebook. 4 Ogos 2015. Dicapai pada 3 Julai 2016.
  5. ^ "7 Interesting Facts About BoBoiBoy Galaxy" Facebook. 11 Mei 2016. Dicapai pada 28 Mei 2016.
  6. ^ "BoBoiBoy Galaxy akan mula ditayangkan di TV3 Malaysia bermula Cuti Sekolah hujung tahun 2016 dan di MNCTV Indonesia pada awal tahun 2017." Facebook. 26 Julai 2016. Dicapai pada 26 Julai 2016.
  7. ^ Najib (26 Februari 2020). "Boboiboy Galaxy akan terus berjuang di alam baru Power Sphera Universe". SoyaCincau BM. Dicapai pada 26 Disember 2023.
  8. ^ Ridhwandy, Syukri (2023-11-01). "BoBoiBoy Kembali Selepas 5 Tahun Menyepi, Akan Jelajah 4 Galaksi! | Oh! Media". Dicapai pada 2023-12-29.
  9. ^ Zahar, Fahim (11 April 2023). "BoBoiBoy Galaxy Musim Ke-2 Tidak Akan Dihasilkan Oleh Monsta Sepenuhnya". Aksiz. Dicapai pada 26 Disember 2023.
  10. ^ Bernama (21 Ogos 2023). "BoBoiBoy Galaxy Musim 2 temui peminat pada Disember". Astro Awani. Dicapai pada 26 Disember 2023.
  11. ^ Aziz, Izzat (22 Disember 2023). "BoBoiBoy Galaxy Sori Sudah Menerima 35 Juta Tontonan Di YouTube Selepas 4 Episod – Kongsi Treler 'Finale'". Aksiz. Dicapai pada 26 Disember 2023.
  12. ^ Zulkafli, Mastura (2023-12-29). "BoboiBoy Galaxy SORI Ungguli Carta Netflix, YouTube & Saluran TV9. Drama Popular Korea Pun Kalah! | Oh! Media". Dicapai pada 2023-12-29.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]