Bola polo air merupakan bola yang digunakan dalam sukan polo air dan polo kanu, yang biasanya bercirikan warna kuning terang dan keupayaan cengkaman, supaya ia dapat dipegang dengan satu tangan walaupun saiznya yang besar.
Berat bola hendaklah di antara 400-450 gram (14-16 auns) dan melambung ke 90-97 kPa (kilopascals) tekanan tolok (13-14 psi) bagi lelaki dan 83-90 kPa (12-13 psi) bagi wanita.[1][2] Bola polo air datang dalam dua saiz utama: saiz 5 (68-71 cm pada lilitan), yang digunakan untuk lelaki, dan saiz 4 (65-67 cm pada lilitan), untuk wanita.[1] Bola yang lebih kecil juga digunakan untuk pemain junior bagi "mini-polo" yang kebiasaannya tidak mempunyai saiz standard dan berwarna hijau.
Pada tahun 2005, FINA membernarkan penukaran standard bola polo air yang digunakan dalam perlawanan rasmi. Perubahan ini membenarkan jalur pada tengah bola mempunyai warna biru, hijau, merah, hitan, atau kuning, dengan diapit oleh jalur berwarna kuning yang biasa digunakan.
Pada Mei 2006, NCAA dan Jawatankuasa Peraturan National Federation of State High School Associations (NFHS) mengumumkan perubahan peraturan yang membenarkan bola berwarna digunakan dalam semua perlawanan NCAA dan NFHS.[3] Mikasa Sports, pengeluar bola polo air, mendakwa bahawa bola baru memberi manfaat kepada pasukan dengan memudahkan mereka untuk mengesan bola mereka, membezakan bola perempuan dari lelaki dan mengajar putaran yang tepat pada bola.
Reka bentuk dan kombinasi warna yang unik telah digunakan untuk memperingati pertandingan khas.[4]