Book☆Walker | |
---|---|
![]() | |
Maklumat umum | |
URL | bookwalker |
Jenis perniagaan | Anak syarikat |
Jenis | E-dagang |
Ditubuhkan | 1 Disember 2005 |
Pengurusan dan pentadbiran | |
Pemilik | BOOK WALKER Co.,Ltd. (en) ![]() ![]() |
Pencipta | Kadokawa Corporation |
Orang penting | Ichiro Hashiba (Pengarah dan CEO) |
Anak syarikat | GeeXPlus Trista |
Kandungan dan sokongan | |
Industri | Penerbitan, E-buku |
Keluaran | Manga, Novel ringan, Majalah |
Komersial | Yes |
Pendaftaran | Required |
Dilancarkan pada | 3 Disember 2010 |
Status terkini | Active |
Lokasi | |
Ibu pejabat | , |
Kawasan diberi khidmat | Seluruh dunia |
Pautan luar berkaitan | |
Pautan lain | ![]() ![]() |
Catatan | |
[1] | |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
BookWalker (ブックウォーカー ), sering ditulis di media massa sebagai Book☆Walker, adalah sebuah syarikat Jepun yang menjual E-buku untuk manga, novel ringan dan majalah daripada pelbagai syarikat penerbitan dan beberapa penerbitan sendiri. Syarikat ini terletak di Chiyoda, Tokyo dan diasaskan oleh Kadokawa Corporation. Syarikat ini diasaskan pada tahun 2005 dan melancarkan kedai pertama mereka di Jepun pada tahun 2010 dan pasaran antarabangsa pada tahun 2014.
Syarikat ini mempunyai dua anak syarikat, dan kedua-duanya mempunyai fokus yang berbeza. Sebuah syarikat berfokus pada mempromosikan hubungan syarikat dengan pempengaruh dan satu lagi melakukan perisian berkaitan buku digital.
BookWalker telah diasaskan sebagai Kadokawa Mobile Co., Ltd. pada 3 Disember tahun 2005 oleh Kadokawa Corporation.[1] Pada 1 Disember tahun 2009, Kadokawa Mobile telah dinamakan semula kepada Kadokawa Content Gate Co., Ltd.[1] Pada Disember tahun 2010, perkhidmatan ini telah dilancarkan pada iOS di Jepun dengan nama Book☆Walker. [2] Aplikasi Android dan tapak laman web untuk PC juga dilancarkan pada April dan Disember tahun 2011. [3] [4] Pada 1 Julai tahun 2010, syarikat itu dijenamakan semula kepada BookWalker Co., Ltd. [1] Pada September tahun 2013, produk syarikat telah diperluaskan dengan menampilkan manga serta novel ringan . [5]
BookWalker Global telah dilancarkan dalam bahasa Inggeris pada November tahun 2014, menampilkan produk manga daripada penerbitan Viz Media dan Dark Horse Comics. [6] Bagaimanapun, disebabkan kekurangan produk manga, ianya ditutup buat sementara waktu, sebelum dibuka semula pada Oktober tahun 2015. [7] Pada November tahun 2015, kedai untuk pasaran global tersebut menambah tiga puluh lima judul daripada penerbitan Shōnen Gahōsha. [8] Pada Julai tahun 2015, kedai tersebut mula menawarkan tajuk daripada Yen Press. [9] Pada Disember tahun 2016, kedai Jepun melancarkan perkhidmatan langganan majalah, dipanggil Magazine☆Walker. [10] Pada Mac tahun 2019, kedai global itu mula menawarkan tajuk daripada Kodansha USA . [11] Pada April tahun 2019, kedai global tersebut mula menawarkan penerbitan daripada Tokyopop . [12] Pada Mei tahun 2019, kedai global itu mula menawarkan tajuk daripada Sol Press . [13]
Pada Disember tahun 2019, kedai BookWalker di Jepun melancarkan perkhidmatan langganan yang menawarkan beberapa buku yang diterbitkan sendiri oleh syarikat tersebut itu dengan sedikit bayaran. [14] Pada 2 April tahun 2020, Magazine☆Walker telah menamatkan perkhidmatan dan digantikan dengan perkhidmatan baharu yang dipanggil Book☆Walker Manga/Magazine Unlimited Reading. [15]
BookWalker telah menerbitkan beberapa judul buku manga dan novel ringan terbitan syarikat sendiri di peringkat antarabangsa untuk dijual di kedai mereka, yang termasuk yang berikut:
Ditubuhkan pada 1 Julai tahun 2019, GeeXPlus merupakan anak syarikat yang berfungsi sebagai agensi bakat bertujuan "menghubungkan jenama Jepun kepada pengaruh global dengan menyediakan perancangan promosi, pengeluaran dan pengedaran." [1] [18] Mulai 1 Jun tahun 2022, beberapa bakat berikut telah bergabung dengan GeeXPlus: The Anime Man, CDawgVA, Daidus, Emirichu, Foxen Anime, Gigguk, Ohara, Sydsnap dan TheGamingBeaver. [19]
Ditubuhkan pada September tahun 2014, Trista merupakan anak syarikat yang menyediakan pelbagai perkhidmatan, seperti manga Niconico dan aplikasi untuk membantu memantau masa tempoh yang digunakan untuk membaca. [20] Syarikat ini menjadi anak syarikat BookWalker pada 1 April tahun 2018. [1]