Nama lain |
|
---|---|
Negara asal | Belgium |
Kegunaan | telur |
Ciri-ciri | |
Berat | Jantan: 2–2.5 kg[1] |
Betina: 1.8–2.2 kg[1] | |
Klasifikasi | |
APA | tidak disenaraikan[2] |
EE | ya[3] |
PCGB | bulu lembut jarang: ringan[4] |
Ayam Gallus gallus domesticus |
Braekel atau Brakel adalah satu baka ayam tradisiional yang berasal daripada Belgium. Ia dipercayai berasal daripada kawasan Brakel, Flemish provinsi di Flanders Timur.[5]:43 Braekel juga boleh didapati dalam variasi bantam.[6] Ayam Campine dari United Kingdom dibiakkan daripada baka ayam ini.
Jelasnya, baka Braekel terhasil dari ayam-ayam berwarna emas dan perak yang sama yang mana juga telah menghasilkan baka-baka yang hampir serupa seperti Ostfriesische Möwe dan Westfälischer Totleger.[5]:43 Braekel dipercayai berasal daripada kawasan Brakel, di Flemish yang terletak dalam provinsi Flanders Timur, terutamanya di dalam kampung di Opbrakel dan Nederbrakel; dan bertebaran di sepanjang lembah-lembah Scheldt dan sungai-sungai Dender, di Flanders Timur serta Hainaut.[5]:43
Pada tahun 1884, dua jenis yang berbeza telah diiktiraf sebagai dua baka yang berasingan: Braekel yang lebih besar daripada of Flanders, dan jenis yang lebih kecil dan ringan dari kawasan Campine di timur. Pada tahun 1898, sebuah persatuan para pembiak Braekel telah ditubuhkan di Nederbrakel, dan sebuah standard baka telah diterbitkan. Pada tahun 1926, baka-baka Braekel dan Campine sekali lagi digabungkan di bawah standard baka yang sama.[5]:43
Di United Kingdom, satu baka Campine yang amat berbeza telah dihasilkan, kemungkinan mellaui kacukan-silang dengan Hamburg dengan corak bergaris halus. Perbezaan utamanya adalah ayam jantan memiliki bulu ayam betina, yang mana tidak terdapat pada baka dari Belgium.[5]:43
Populasi Braekel mula menurun semasa dan selepas Perang Dunia II dan ia sekarang adalah baka yang jarang ditemui.
Braekel adalah seekor baka ayam dengan berat yang ringan. Ayam jantan mempunyai berat sekitar 2–2.5 kg manakala ayam betina kira-kira 1.8–2.2 kg.[1] Bagi variasi bantam pula, ayam jantan seberat 800 g dan ayam betina sekitar 700 g.[6] Saiz cincin kaki adalah 18 mm dan 16 mm untuk saiz standard ayam jantan dan betina, manakala 13 mm dan 11 mm untuk variasi bantam.[6]
Braekel mempunyai corak bulu tegak berbelang dan warna seragam pada bahagian leher. Beberapa variasi warna boleh didapati dengan warna emas dan perak paling banyak boleh ditemui.
Ayam betina Braekel akan mula bertelur pada umur 6-7 bulan. Ia mampu bertelur sehingga 180 biji telur setahun. Telunya berwarna putih dengan berat sekitar 60–65 g.[5]:44
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Braekel |
<ref>
dengan nama "roberts" yang ditentukan dalam <references>
tidak digunakan dalam teks sebelumnya.