Brigedier Jeneral (Denmark: Brigadegeneral ; Jerman: Brigadegeneral ) ialah varian Jermanik bagi pangkat Brigedier Jeneral.
Pangkat Brigadegeneral (Templat:Lang-nl-BE; Perancis: Général de Brigade ) digunakan oleh Komponen Darat Belgium, Komponen Udara Belgium dan Komponen Perubatan Belgium.
Brigadegeneral ialah pangkat pegawai jeneral paling rendah dalam Tentera Darat Diraja Denmark dan Tentera Udara Diraja Denmark, ia berada di atas pangkat Oberst dan dibawah Generalmajor . Pangkat ini telah diperkenalkan pada 1983, susulan dari penerimaan STANAG 2116.[1] Ia ditakrifkan OF-6 dalam NATO dan mempunyai gred gaji M403, ia setaraf dengan Flotilleadmiral .[2][3] Pangkat ini diberikan kepada para panglima Briged Pertama dan Briged Ke-2, atau kepada Oberst dalam misi lanjutan antarabangsa, sebagai pangkat sementara.[4]
Brigedier Jeneral Brigadegeneral | |||||||
| |||||||
Negara | Jerman | ||||||
Cabang perkhidmatan | Tentera Darat Jerman Tentera Udara Jerman | ||||||
Singkatan | BrigGen | ||||||
Kumpulan pangkat | Pegawai Jeneral | ||||||
Pangkat | Satu bintang | ||||||
Diperkenalkan | 1956 (moden) | ||||||
Kod NATO |
OF-6 | ||||||
Pangkat tinggi seterusnya | |||||||
Pangkat rendah seterusnya | |||||||
Persamaan pangkat | Flottillenadmiral |
Brigadegeneral, singkatan BrigGen, (bm: Brigedier Jeneral) adalah pangkat pegawai jeneral yang terendah dalam Tentera Darat Jerman (Heer) dan Tentera Udara Jerman (Luftwaffe).
Pangkat ini ditakrifkan OF-6 dalam NATO, dan merupakan gred B6 dalam peraturan gaji Kementerian Pertahanan Persekutuan. Ia setaraf dengan Flottillenadmiral dalam Tentera Laut Jerman (Marine) atau dengan Generalarzt, Generalapotheker dan Admiralarzt dalam Zentraler Sanitätsdienst der Bundeswehr.
Pada epaulet bahu (Heer, Luftwaffe) terdapat satu paku (bintang) emas dalam kalungan daun oak emas.
Heer | Luftwaffe | ... pada kolar uniform |
---|---|---|
|
|
Pangkat junior Oberst |
(Pangkat pegawai Jerman) |
Pangkat senior Generalmajor |