Jenis/bentuk sah | Awam anak syarikat |
---|---|
Industri | Kewangan |
Ditubuhkan | 1 April 1949[1] |
Ibu pejabat | Osaka, Jepun |
Tokoh penting | Hiromi Yamaji (Presiden/KPE) |
Keluaran | Pertukaran saham |
Pemilik | Japan Exchange Group |
Bilangan kakitangan | 207 |
Syarikat induk | Kumpulan Pertukaran Jepun |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Bursa Saham Osaka (Bahasa Jepun: 株式会社大阪取引所, Kabushiki-gaisha Ōsaka Torihikijo, dinamakan semula dari Bursa Pertukaran Sekuriti Osaka, Osaka Securities Exchange Co., Ltd. 株式会社大阪証券取引所, Kabushiki-gaisha Ōsaka Shōken Torihikijo, OSE)) adalah yang kedua terbesar untuk pertukaran sekuriti di Jepun, dari segi jumlah perniagaan yang dikendalikan.
Pada 31 Disember 2007, Bursa Sekuriti Osaka mempunyai 477 syarikat tersenarai dengan permodalan pasaran gabungan $212 bilion..[2]Nikkei 225 Futures, yang diperkenalkan di Osaka Securities Exchange pada 1988, kini menjadi indeks niaga hadapan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Berbeza dengan Bursa Saham Tokyo, yang terutama berkaitan dengan perdagangan spot, kekuatan Bursa Sekuriti Osaka adalah pada produk derivatif. OSE adalah Bursa Derivatif terkemuka di Jepun dan ia merupakan pasaran niaga hadapan terbesar di dunia pada 1990 dan 1991. Menurut statistik dari 2003, Bursa Sekuriti Osaka mengendalikan 59% pasaran niaga hadapan indeks harga saham di Jepun, dan hampir 100% perdagangan di pasaran opsyen. OSE, yang tersenarai di pasaran Hercules untuk permulaan pada April 2004 adalah satu-satunya pertukaran sekuriti Jepun yang dilancarkan di pasarannya sendiri.
Pada Julai 2006 OSE melancarkan kontrak niaga hadapan terbaru mereka iaitu Nikkei 225 mini yang merupakan sepersepuluh dari ukuran kontrak Nikkei 225 Futures asal dan sangat terkenal di kalangan pelabur individu Jepun. Pada September 2007 OSE mengadakan sesi petang untuk Niaga Hadapan dan Opsyen Indeks Saham. Waktu dagangan adalah dari 16:30 hingga 19:00 (JST. 7:30-10:00 pada UTC).[3]
Pada Julai 2012 penggabungan yang dirancang dengan Bursa Saham Tokyo telah diluluskan oleh Suruhanjaya Perdagangan Adil Jepun.[4] Hari ini, meskipun dengan namanya, perdagangan untuk Bursa Saham Osaka berlaku di Tokyo.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Bursa Saham Osaka |