CH-148 Cyclone | |
---|---|
| |
Peranan | Helikopter maritim |
Pengeluar | Sikorsky Aircraft |
Penerbangan sulung | 15 November 2008 |
Status | Pembangunan |
Pengguna utama | Angkatan Tentera Kanada |
Jumlah dibina | 1 |
Dibangunkan dari | Sikorsky S-92 |
Sikorsky CH-148 Cyclone adalah sebuah helikopter maritim berenjin kembar, pelbagai peranan yang dioperasikan di atas kapal. Ia dibangunkan dan dikeluarkan oleh Sikorsky Aircraft untuk Angkatan Tentera Kanada. Sebagai satu versi terbitan daripada helikopter Sikorsky S-92, CH-148 direka bagi beroperasi di atas kapal dan akan mengantikan perkhidmatan helikopter CH-124 Sea King, yang mana telah digunakan sejak awal tahun 1960-an. Helikopter ini akan digunakan oleh Perintah Udara Angkatan Tentera Kanada. Antara peranan utama helikopter ini adalah melaksanakan peperangan anti-kapal selam (ASW), pengawasan dan misi-misi mencari dan menyelamat (SAR) daripada kapal-kapal perang Kanada. Ia juga akan menyediakan pengangkutan taktikal dalam misi-misi keselamatan dalam dan luar negara.[1]
Pembangunan berkaitan
Pesawat setanding
Senarai berkaitan
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: CH-148 Cyclone. |