Helikopter CH-21 Shawnee adalah helikopter generasi keempat yang dibina oleh Piasecki (kemudiannya menjadi Boeing Vertol) menggunakan rotor kembar (tandem rotor). Dipanggil "flying banana" kerana fiuslaj yang panjang dan tirus, helikopter ini mempunyai pelbagai guna dan boleh dipasangkan roda, ski ataupun pelampung, Ia digunakan untuk operasi menyelamat di kawasan Artik kerana mempunyai prestasi yang baik di kawasan suhu rendah.
CH-21 berkhidmat dalam tentera darat Amerika dari tahun 1949 hingga 1964. Helikopter ini juga berkhidmat denga Tentera Udara Amerika sebagai H-21 Workhorse, dan dengan Tentera Laut Perancis, Tentera Udara Diraja Canada dan juga dengan Tentera Udara Jerman Barat.
Helikopter versi CH-21B boleh membawa 22 orang tentera serba lengkap ataupun memuatkan 12 pengusung bersama dengan 2 orang medik di dalam peranan sebagai helikopter MedEvac
Helikopter CH-21B pertama kali dihantar ke Vietnam dalam bulan Disember 1961 dan beroperasi dengan Kompeni Pengangkutan ke-8 dan ke-57 Tentera Darat Amerika. 12 hari selepas sampai ke Vietnam, helikopter ini terlibat dengan Ops Chopper.
Helikopter CH-21B atau CH-21C Shawnee boleh dilengkapkan dengan mesingan 7.62mm ataupun 12.7mm yang dipasang di pintu. Helikopter ini agak perlahan, dan pengkabelan dan paip bahan apinya mudah rosak akibat terkena tembakan senjata ringan. Helikopter CH-21 menjadi helikopter utama di Vietnam sehingga digantikan oleh helikopter UH-1 Huey dan CH-47 Chinook.
Spesifikasi (CH-21C)
Ciri Umum
Prestasi
Senjata
Pelbagai, tetapi biasanya dilengkapi mesingan M2 12.7mm dalam konfigurasi berkembar atau berempat .