Cempaka putih | |
---|---|
![]() | |
Pengelasan saintifik ![]() | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Plantae |
Klad: | Trakeofit |
Klad: | Magnoliid |
Order: | Magnoliales |
Keluarga: | Magnoliaceae |
Genus: | Magnolia |
Subgenus: | Magnolia subg. Yulania |
Seksyen: | Magnolia sek. Yulania |
Subseksyen: | Magnolia subsek. Michelia |
Spesies: | M. × alba
|
Nama binomial | |
Magnolia × alba | |
Sinonim[2][3] | |
Michelia longifolia Blume |
Cempaka putih, dengan nama saintifik Magnolia × alba, ialah spesies tumbuhan berbunga hasil kacukan yang biasa ditanam di Asia Tenggara dan rantau tropika Asia Timur. Sungguhpun asal usulnya yang sebenar tidak diketahui, ia dianggap merupakan kacukan antara Magnolia champaca dan Magnolia montana.[2]
Daun cempaka putih mempunyai permukaan yang licin. Buahnya yang boleh dimakan dan mempunyai rasa yang sedap, mempunyai bentuk seperti jantung dengan bahagian biji yang agak pahit. Kayunya boleh dijadikan perabot dan peralatan rumah. Akan tetapi hasil perabot daripada kayu ini jarang didapati kerana kuantiti pokok cempaka besar yang terlalu kurang. Sekarang, kaedah kahwin telah membolehkan cempaka ditanam sebagai tumbuhan tanaman dalam pasu dan boleh berbunga walaupun tingginya belum mencecah satu meter.
Bunganya yang berbau wangi mempunyai kandungan minyak mengewap yang terdiri daripada sebatian seperti keraniol, linalol, methuleugenol, asid benzik dan nerol.[perlu rujukan] Kayu cempaka juga mempunyai bau yang sangat wangi dan biasanya minyak pati cempaka didapati dari ekstrak bunga, daun dan kayunya.
Hybrid Parentage: (Magnolia champaca (L.) Baill. ex Pierre × Magnolia montana (Blume) Figlar) ; Remarks: also published [later] by Figlar & Noot. in Blumea. 49(1): 96 (2004)