Koordinat: 6°26′N 100°26′E / 6.433°N 100.433°E Changloon (Bahasa Thai: จังโหลน Chang Lon) adalah sebuah bandar kecil yang terletak kira-kira 42 kilometer di utara Alor Setar di Daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia.
Bandar ini mempunyai kedudukan yang cukup strategik sebagai tempat persimpangan laluan utama ke sempadan Malaysia-Thailand di utara, Kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok di timur, Jitra dan Alor Star di selatan dan laluan ke negeri Perlis di sebelah barat.[1]
Changloon berasal daripada bahasa Thai yang membawa maksud "gajah" (ช้าง, chang) "jatuh" (หล่น, lun).
Kewujudan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) yang melalui Changloon menjadikan ia sebuah pekan kecil yang cukup pesat membangun. Selain itu, Lebuhraya Changloon-Kuala Perlis yang telah siap dibina, turut mempercepatkan proses pembangunan sedia ada. Dengan adanya lebuh raya ini, anda dapat ke UUM sintok, UniMAP, KMP ,UiTM Arau, dan Politeknik Perlis. Anda juga dinasihat untuk menggunakan lebuh raya ini untuk mempercepatkan masa ke Kuala Perlis untuk ke Langkawi. Lebuh Raya ini tidak dikenakan pembayaran tol.
Bagi menampung keperluan jumlah penduduk yang semakin meningkat, satu kawasan perumahan dan perniagaan yang diberi nama 'Pekan Changloon 2' telah pun diwujudkan.
Kini di Changlun, Pajak Gadai berlesen, bernama Pajak Gadai Bonus Sdn Bhd telah dibuka sejak bulan Januari 2012.
Pada 1 November 2012, Maybank juga buka dan menyediakan servis perbankan kepada penduduk Changloon, dan juga pendatang asing dari Thailand.
Pajak Gadai Changloon adalah sebarisan dengan Maybank Changloon.
Institusi Sosial/Kebajikan:
Stesen Minyak
Taman-taman/Projek Perumahan