Charoen Wattanasin

Charoen Wattanasin
Charoen Wattanasin pada sebuah perlawanan badminton tahun 1962
Maklumat peribadi
NegaraSiam
Lahir (1937-04-04) 4 April 1937 (umur 87)
Rekod pingat
Badminton lelaki
Mewakili  Thailand
Piala Thomas
Pingat perak – tempat kedua Jakarta 1961 Beregu lelaki
Sukan Asia
Pingat emas – tempat pertama Bangkok 1966 Beregu lelaki
Pingat perak – tempat kedua Jakarta 1962 Beregu lelaki
Pingat gangsa – tempat ketiga Bangkok 1966 Beregu lelaki
Sukan SEAP
Pingat emas – tempat pertama Bangkok 1959 Beregu lelaki
Pingat perak – tempat kedua Bangkok 1959 Perseorangan lelaki

Charoen Wattanasin (Bahasa Thai: เจริญ วรรธนะสิน; lahir: 1937) ialah bekas pemain badminton Thailand yang berjaya dalam beberapa kejohanan antarabangsa pada akhir 1950-an dan awal 1960-an.

Charoen ialah salah satu pemain badminton Thailand paling berjaya pada dekad 50an dan 60an. Dari tahun 1958 sehingga 1962, beliau memenangi gelaran terbuka perseorangan lelaki dari Malaya, Ireland, Scotland, Norway, dan Perancis.[1] Pada gelaran beregu lelaki Charoen memenanginya di Malaya, Scotland, Belanda, dan Amerika Syarikat.[2] Dalam Kejohanan Terbuka Seluruh England 1960 dan 1962, beliau mara ke pentas akhir perseorangan lelaki tetapi tewas di tangan pemain badminton fenomenal Denmark semasa itu yang bernama Erland Kops.[3] Charoen berkhidmat untuk Thailand dalam perlawanan Piala Thomas (kejohanan antarabangsa khas bagi beregu lelaki) semasa kempen 1957-1958 dan 1963-1964.[4]

Selepas masa persaraannya sebagai pemain badminton, beliau ditunjuk sebagai dewan eksekutif Badminton Asia pada tahun 1971-1978, pensyarah tamu kepujian pemasaran Universiti Chulalongkorn pada 1987 dan naib presiden BWF (1991-1995). Beliau mendapat jawatan sebagai naib presiden Dewan Olimpik Thailand sejak 2003 dan anugerah naib presiden BWF seumur hidup pada 2005.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Charoen ialah ayah kepada dua penyanyi terkenal Thailand yaitu Jirayut Wattanasin and Jetrin Wattanasin. Ayah kepada tiga anak, beliau memiliki seorang puteri bernama Jittima Wattanasin yang bekerja sebagai model selama 18 tahun lamanya.

Charoen ialah alumni kepada The City of Liverpool College dengan mengambil kepujian bisnis administrasi.

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]

Sukan Asia

[sunting | sunting sumber]

Beregu Lelaki

Tahun Tempat Pasangan Penentang Mata Hasil
1966 Kittikachorn Stadium, Bangkok, Thailand Thailand Tuly Ulao Indonesia Ang Tjin Siang
Indonesia Tjoa Tjong Boan
15–11, 7–15, 10–15 Bronze Gangsa

Sukan SEAP

[sunting | sunting sumber]

Perseorangan lelaki

Tahun Tempat Penentang Mata Hasil
1959 Bangkok, Thailand Thailand Thanoo Khadjadbhye 14–15, 13–15 Silver Perak

Beregu lelaki

Tahun Tempat Pasangan Penentang Mata Hasil
1959 Bangkok, Thailand Thailand Kamal Sudthivanich Thailand Narong Bhornchima
Thailand Raphi Kanchanaraphi
15–12, 15–14 Gold Emas

Kejohanan antarabangsa

[sunting | sunting sumber]

Perseorangan lelaki

Tahun Kejohanan Penentang Mata Hasil
1958 Terbuka Malaya Tempat pertama, pemenang pingat emas Juara
1959 Terbuka Kanada Indonesia Tan Joe Hock 4–15, 10–15 Tempat kedua, pemegang pingat perak Naib juara
1959 Terbuka Amerika Syarikat Indonesia Tan Joe Hock 15–7, 5–15, 14–18 Tempat kedua, pemegang pingat perak Naib juara
1959 Terbuka Malaya Malaysia Teh Kew San 15–11, 15–12 Tempat pertama, pemenang pingat emas Juara
1960 Terbuka Seluruh England Denmark Erland Kops 11–15, 15–11, 6–15 Tempat kedua, pemegang pingat perak Naib juara
1960 Antarabangsa Norway Tempat pertama, pemenang pingat emas Juara
1961 Terbuka Belanda Indonesia Ferry Sonneville 8–15, 5–15 Tempat kedua, pemegang pingat perak Naib juara
1961 Terbuka Scotland Tempat pertama, pemenang pingat emas Juara
1962 Terbuka Scotland Tempat pertama, pemenang pingat emas Juara
1962 Terbuka Belanda Indonesia Ferry Sonneville 7–15, 3–15 Tempat kedua, pemegang pingat perak Naib juara
1962 Terbuka Ireland Tempat pertama, pemenang pingat emas Juara
1962 Terbuka Seluruh England Denmark Erland Kops 10–15, 5–15 Tempat kedua, pemegang pingat perak Naib juara
1962 Terbuka Perancis Denmark Finn Kobberø 15–4, 18–13 Tempat pertama, pemenang pingat emas Juara
1962 Terbuka Malaya Tempat pertama, pemenang pingat emas Juara

Beregu lelaki

Tahun Kejohanan Pasangan Penentang Mata Hasil
1958 Terbuka Malaya Thailand Kamal Sudthivanich Tempat pertama, pemenang pingat emas Juara
1959 Terbuka Kanada Thailand Thanoo Khadjadbhye Malaysia Lim Say Hup
Malaysia Teh Kew San
15–10, 13–15, 13–15 Tempat kedua, pemegang pingat perak Naib juara
1960 Terbuka Kanada Indonesia Tan Joe Hock Malaysia Lim Say Hup
Malaysia Teh Kew San
8–15, 8–15 Tempat kedua, pemegang pingat perak Naib juara
1960 Terbuka Amerika Syarikat Denmark Finn Kobberø Tempat pertama, pemenang pingat emas Juara
1962 Terbuka Scotland Malaysia Jimmy Lim Tempat pertama, pemenang pingat emas Juara
1962 Terbuka Belanda Malaysia Oon Chong Teik Malaysia Oon Chong Jin
Denmark Ole Mertz
15–12, 15–13 Tempat pertama, pemenang pingat emas Juara
1962 Terbuka Perancis Denmark Torkild Nielsen Denmark Finn Kobberø
Denmark Bengt Nielsen
16–18, 15–1, 4–15 Tempat kedua, pemegang pingat perak Naib juara
1969 Terbuka Kanada Indonesia Tan Joe Hock England Tony Jordan
Scotland Robert McCoig
7–15, 6–15 Tempat kedua, pemegang pingat perak Naib juara

Beregu campuran

Tahun Kejohanan Pasangan Penentang Mata Hasil
1962 Terbuka Belanda Belanda Els Robbé Malaysia Oon Chong Teik
Denmark Ulla Rasmussen
10–15, 5–15 Tempat kedua, pemegang pingat perak Naib juara
1962 Terbuka Perancis England Veronica Brock Denmark Finn Kobberø
Malaysia Tan Gaik Bee
3–15, 2–15 Tempat kedua, pemegang pingat perak Naib juara

Kejohanan panggilan

[sunting | sunting sumber]

Perseorangan lelaki

Tahun Kejohanan Penentang Mata Hasil
1959 Kejohanan Panggilan Dunia Malaysia Teh Kew San 15–1, 15–7 Gold Emas
  1. ^ Herbert Scheele ed., The International Badminton Federation Handbook for 1971 (Canterbury, Kent, England: J. A. Jennings Ltd., 1971) 174, 209, 229, 256, 273.
  2. ^ Scheele, 209, 246, 274, 313.
  3. ^ Scheele, 163, 164.
  4. ^ Scheele, 86.