Climate Action Tracker

Climate Action Tracker
Kerangka
KependekanCAT
Jenis/bentuk sahTapak web, pertubuhan Sunting ini di Wikidata
Tapak webclimateactiontracker.org
Sejarah
Dibentuk2009 [1]
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Climate Action Tracker (CAT) merupakan sebuah institusi penyelidikan[2][3] yang bertujuan untuk memantau tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk mencapai sasaran pengurangan pelepasan gas rumah hijau mereka serasi dengan perjanjian antarabangsa.[4][5] Kini, organisasi tersebut telah menilai tindakan iklim[6] yang diambil oleh 32 buah negara yang mewakili lebih daripada 80% pelepasan gas rumah hijau global.

CAT ditubuhkan oleh New Climate Institute dan Climate Analytics serta Institut Penyelidikan Impak Iklim Potsdam (PIK).[7] Laman webnya telah dilancarkan pada November 2009. Organisasi ini dibiayai oleh Dana Iklim Eropah.[8][9]

Status terkini

[sunting | sunting sumber]

Setakat November 2021, CAT meramal bahawa suhu dunia akan meningkat sebanyak 2.7 °C berbanding dengan tahap pra-industri berdasarkan dasar kerajaan pada masa ini. NDC yang ditetapkan semasa COP26 pula akan membawa pemanasan global kepada 2.4 °C. Sekiranya sasaran sifar bersih atau sasaran jangka masa panjang yang mengikat diambil kira, pemanasan global akan dikehadkan kepada 2.1 °C, atau berkemungkinan (66% atau lebih) untuk mengehadkan pemanasan global di bawah 2.3 °C.

Anggapan “optimistik” selepas mengaji sasaran pembebasan sifar bersih di lebih daripada 140 negara pula menunjukkan bahawa sekiranya sasaran tersebut dicapai, pemanasan median dijangka akan berada pada 1.8 °C, serasi dengan sasaran yang ditentukan dalam Perjanjian Iklim Paris 2015.[10][11]

Menurut data CAT pada November 2021, hanya tindakan 8 buah negara dinilai sebagai "Hampir Mencukupi" untuk mencapai sasaran Perjanjian Paris, yakni Costa Rica, Habsyah, Kenya, Maghribi, Nepal, Nigeria, Gambia dan United Kingdom. Tindakan pemerintah Indonesia dianggap "Sangat Tidak Mencukupi" manakala Singapura diberi rating yang terendah. Kerajaan Malaysia tidak dinilai oleh CAT.[12]

  1. ^ "Climate Action Tracker Data Portal". Green Policy Platform. Climate Analytics, Ecofys, NewClimate Institute. Dicapai pada 7 Mei 2021.
  2. ^ "How climate targets compare against a common baseline". The Economist. 2021-08-07. ISSN 0013-0613. Dicapai pada 26 Ogos 2021.
  3. ^ "Climate Scientists Reach 'Unequivocal' Consensus on Human-Made Warming in Landmark Report". www.bloomberg.com. Dicapai pada 2021-08-26.
  4. ^ "Disaster-struck Turkey faces toll of climate change". France 24 (dalam bahasa Inggeris). 10 Ogos 2021. Dicapai pada 26 Ogos 2021.
  5. ^ "Leader: A message for the planet". www.newstatesman.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-08-26.
  6. ^ Fuso Nerini, Francesco; Fawcett, Tina; Parag, Yael; Ekins, Paul (2021-08-16). "Personal carbon allowances revisited". Nature Sustainability (dalam bahasa Inggeris): 1–7. doi:10.1038/s41893-021-00756-w. ISSN 2398-9629.
  7. ^ "Climate Action Tracker - Consortium". Climate Action Tracker (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 Disember 2020.
  8. ^ "Climate Action Tracker" (dalam bahasa Inggeris). Climate Analytics. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-03-18. Dicapai pada 27 Januari 2013.
  9. ^ "Climate Action Tracker" (dalam bahasa Inggeris). Ecofys. Dicapai pada 2013-01-27.
  10. ^ "Temperatures". Climate Action Tracker. (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 November 2021.
  11. ^ "Glasgow’s 2030 credibility gap: net zero’s lip service to climate action". Climate Action Tracker. (dalam bahasa Inggeris). 9 November 2021. Dicapai pada 14 November 2021.
  12. ^ "Countries". Climate Action Tracker. (dalam Bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 November 2021.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]