![]() | |
Syarikat Jenis | Swasta |
---|---|
Industri | Pencari Jodoh, Internet |
Tarikh diasaskan | April 17 tahun 2012 |
Pengasas |
|
Orang penting
|
|
Laman web | coffeemeetsbagel.com |
Coffee Meets Bagel ialah sebuah perkhidmatan mencari jodoh dan rangkaian sosial yang diasaskan di San Francisco . [1]
Coffee Meets Bagel telah dibangunkan oleh tiga-beradik perempuan: Arum, Dowoon, dan Soo Kang. [2] Arum pada mulanya mempunyai idea untuk aplikasi itu pada tahun 2011, [3] dan adik-beradik tersebut bekerjasama melancarkan aplikasi itu di bandar New York City pada 17 April tahun 2012. [4] Aplikasi Coffee Meets Bagel kemudiannya dilancarkan di Boston pada 10 Mei tahun 2012 dan di San Francisco pada 24 Oktober tahun 2012. [5] [6]
Pada September tahun 2012, syarikat itu mengumumkan bahawa ia telah berjaya mengumpulkan dana pembiayaan pemula sebanyak $600,000 dengan dana yang diketuai oleh syarikat pelabur Lightbank. Pengasas bersama Match.com Peng T. Ong turut melabur dalam aplikasi ini. [7] [8]
Pada Januari tahun 2015, aplikasi Coffee Meets Bagel telah dipaparkan di dalam siri rancangan televisyen Shark Tank , di mana adik-beradik itu memohon pelaburan sebanyak $500,000 sebagai pertukaran untuk 5% daripada saham syarikat itu. [9] Mereka menolak persoalan Mark Cuban tentang jika mereka akan menerima pembelian $30 juta dan tidak mencapai persetujuan dengan sesiapa pun. [1]
Pada Februari tahun 2015, syarikat aplikasi itu mengumumkan pusingan pembiayaan Siri A sebanyak $7.8 juta yang diketuai oleh pelabur sedia ada di syarikat pelaburan DCM Ventures . [10]
Pada Mei tahun 2018, syarikat itu berjaya mengumpulkan $12 juta dalam pembiayaan Siri B yang diketuai oleh syarikat pelaburan syarikat pelaburan Atami Capital. [11]
Pada Februari tahun 2019, syarikat Coffee Meets Bagel telah mengakui bahawa peggodam telah berjaya mencuri "sebahagian senarai butiran pengguna, khususnya nama dan alamat e-mel" pada antara akhir tahun 2017 dan pertengahan tahun 2018. Laporan luar menunjukkan bahawa sebanyak 6,174,513 akaun mungkin telah terjejas, dan butiran lain termasuk umur dan jantina mungkin telah dicuri. [12]
Ciri-ciri aplikasi Coffee Meets Bagel termasuk mengehadkan bilangan profil pengguna yang boleh berinteraksi setiap hari dan menawarkan maklumat sesi pengenalan untuk profil yang serasi. [13] [14] Pada tahun 2020, Coffee Meets Bagel telah menambah fungsi video untuk sesi temu kelajuan maya (virtual speed dating) sebagai tindak balas kepada pandemik COVID-19 . [15]