Cowa! | |
Genre | Pengembaraan, Komedi, Shounen |
---|---|
Manga | |
Pengarang | Akira Toriyama |
Penerbit | Shueisha Glenat Planeta DeAgostini Comics Comics House Sdn. Bhd. |
Cowa! ialah manga Jepun oleh Akira Toriyama. Manga ini dikeluarkan di Jepun pada 1997 dan merupakan projek pertama Toriyama selepas menamatkan Dragon Ball (bahagian selepas Dragon Ball dikenali sebagai Dragon Ball Z di Amerika Utara). Akira Toriyama melukis manga ini tanpa mengunakan pembaris walaupun bingkai komiknya.
Templat:Spoiler Manga ini menceritakan tentang kisah anak pontianak yang mengembara untuk membantu hantu-hantu dikampungnya. Paifu, yang merupakan anak kepada pontianak dan koala jadian (yang berubah menjadi koala jadian yang ganas apabla ternampak salib) ditugaskan untuk mendapatkan ubat selsema hantu kerana selsema hantu amat berbahaya buat hantu kerana hantu yang dijangkiti sepenuhnya akan mati dalam masa sebulan.
Sambil ditemani kawannya, Jose Rodrigues dan Apon, mereka keluar dari Lembah Kelawar sambil ditemani bekas pemain sumo iaitu Maruyama untuk berjumpa dengan gadis syaitan untuk mendapatkan ubat tersebut. Perjalanan mereka diisi dengan pelbagai konflik yang diselitkan dengan jenaka.