Umum | |||
---|---|---|---|
Pengarang | Donald J. Trump | ||
Negara | Amerika Syarikat | ||
Bahasa | Inggeris | ||
Penerbitan | |||
Diterbitkan pada | 3 November 2015 | ||
Penerbit | Threshold Editions | ||
Halaman | 193 | ||
Kawalan kewibawaan | |||
ISBN | ISBN 978-1-5011-3796-9 | ||
Kronologi | |||
|
Crippled America: How to Make America Great Again ialah buku karya Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang diterbitkan oleh Simon & Schuster pada 2015.[1] Buku ini dikeluarkan pada 3 November pada majlis penandatanganan buku oleh Trump di Menara Trump. Buku ini diterbitkan lagi laapan bulan kemudian dalam format kulit keras dengan tajuk Great Again: How to Fix Our Crippled America.[2]
Buku ini ditulis dalam konteks kempen presiden Trump 2016 dan bertujuan menjelaskan tujuan kempennya.
Trump berjanji akan menyumbangkan semua hasil penjualan buku ini.[3]
Pasukan kempen Trump menghabiskan kurang lebih $55.055 untuk memborong buku ini. Seorang jurubicara pasukan kempennya mengatakan bahawa pembelian buku dalam jumlah sebesar ini "sebahagian dari pemberian hadiah di konvensyen parti."[4]