Jenis/bentuk sah | Kabushiki gaisha (tidak tersenarai) |
---|---|
Industri | Perisian, Internet |
Genre | Muzik |
Ditubuhkan | Julai 1995 |
Ibu pejabat | 11F Nihon Seimei Sapporo Bldg., 1-1 Nishi4 Kita3, Chūō-ku, Sapporo 060-0003 Jepun |
Kawasan perkhidmatan | Jepun |
Tokoh penting | Hiroyuki Itō (伊藤 博之), Presiden |
Keluaran |
|
Perkhidmatan | |
Bilangan kakitangan | 30 |
Pembahagian |
|
Tapak web | Tapak web rasmi (Jepun) |
Catatan kaki/rujukan | |
[1] | |
sunting · sunting di Wikidata |
Crypton Future Media Inc. (クリプトン・フューチャー・メディア株式会社 , Kuriputon Fyūchā Media Kabushikigaisha), ataupun Crypton, ialah sebuah syarikat media yang terletak di Sapporo, Japan. Ia membangun, mengimport, dan menjual produk muzik, seperti perisian penjana bunyi, pensampelan CD dan DVD, dan kesan bunyi dan perpustakaan muzik latar belakang. Syarikat ini juga menyediakan perkhidmatan membeli-belah dalam talian, masyarakat dalam talian dan kandungan mudah alih.
Crypton memulakan perniagaan mengimport produk audio pada tahun 1995, dan telah terlibat dalam pembangunan, import, dan penjualan CD dan DVD persampelan, kesan bunyi dan perpustakaan muzik latar belakang, serta aplikasi pensintesis muzik. Rakan kongsi perniagaan yang utama di Jepun termasuk kedai peralatan muzik, kedai komputer, dan pengedar perisian.
Syarikat ini telah melesenkan perisian untuk organisasi berikut:[1]
Crypton juga mengendalikan beberapa laman sesawang mudah alih Jepun terutamanya bagi i-mode oleh NTT docomo, EZweb oleh au by KDDI dan Yahoo! Keitai oleh SoftBank Mobile, untuk mengedarkan nada dering, kesan bunyi, suara dan nada dering (Chaku-suara), termasuklah:
Crypton mengimport produk dari lebih daripada 50 pembekal antarabangsa yang berpusat di Austria, Kanada, Denmark, Perancis, Jerman, Hungary, Itali, Rusia, Afrika Selatan, Korea Selatan, Sweden, Switzerland, United Kingdom, dan Amerika Syarikat.
Pada tahun 2010, Crypton Future Media telah diumumkan sebagai syarikat nombor 1 untuk perisian bunyi berkaitan, membawa sebahagian daripada 21.4% daripada pasaran untuk produk yang berkaitan dengan mereka.[2]
Crypton terkenal dengan pengeluaran dan penjualan peranti sintesis pertuturan untuk muzik komputer. Produk-produknya menggunakan enjin sintesis Vocaloid menyanyi dibangunkan oleh Yamaha Corporation; mereka juga dipertanggungkan untuk mencari dan menghubungi English Studios untuk mendapatkan cadangan bagi versi Bahasa Inggeris perisian Vocaloid itu.[3] Syarikat ini mengeluarkan Meiko pada tahun 2004 dan Kaito pada tahun 2006, yang pada asalnya dibangunkan oleh Yamaha meninggalkan pengeluaran secara komersil untuk Crypton Future Media.[4] Syarikat itu kemudian mengeluarkan Vocaloid pertama yang dibangunkan oleh mereka, dan juga merupakan ahli rasmi Siri Watak Vokal, Hatsune Miku, yang menggunakan enjin yang dipertingkatkan, iaitu Vocaloid 2.
Kejayaan Hatsune Miku di Jepun (dan kemudian di negara-negara lain) banyak menaikkan profil Crypton ini. Watak kedua Siri Karakter Vokal ialah Kagamine Rin/ Len dan ketiga Megurine Luka. Disebabkan populariti Vocaloid ini meningkat, Crypton melancarkan laman sesawang Piapro untuk memuat naik kandungan yang dibuat oleh peminat dan label muzik KarenT sendiri untuk menjual lagu Vocaloid.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.