Tanager | |
---|---|
Peranan | Pesawat demonstrasi teknologi |
Pengeluar | Curtiss |
Pereka | Robert R. Osborn and Theodore Paul Wright |
Penerbangan sulung | 12 Oktober 1929 |
Jumlah dibina | 1 |
Pesawat Curtiss Model 54 Tanager ialah sebuah pesawat yang dibina pada tahun 1929 sebagai penyertaan syarikat Curtiss dalam Pertandingan Pesawat Selamat Guggenheim .
Model 54 ialah reka bentuk pesawat sayap berkembar (biplane) konvensional dengan fiuslaj yang sangat tirus mirip reka bentuk pesawat Curtiss Eagle tetapi dalam nisbah yang jauh lebih kecil. Sayapnya dipasang dengan pelbagai peranti pengangkat, termasuk slot hadapan aerofoil automatik pada sayap atas dan kepak yang memanjang sepanjang seluruh rentang sayap atas. Ia juga dilengkapi aileron "terapung" pada sayap bawah yang secara automatik dilaraskan selari dengan aliran udara di atas sayap sekiranya tiada input daripada juruterbang. Gabungan peranti ini memberikan Tanager kelajuan pegun hanya 31 mph (50 km/j) dan membolehkan ia mendarat dalam jarak 90 kaki (27 m) sahaja. [1]
Hanya pesawat Tanager dan Handley Page Gugnunc melepasi pusingan kelayakan pertandingan. Pesawat Gugnunc telah gagal mencapai kelajuan minimum di bawah 38 mph, dan akhirnya, Tanager telah menewaskan pesaingnya itu dengan hanya perbezaan satu mata.[2]
Walau bagaimanpun, sebelum pertandingan diadakan, Handley Page telah menyaman Curtiss kerana menggunakan rekaan slot hadapan aerofoil mereka tanpa lesen. Curtiss mendakwa mereka menggunakan slot itu secara eksperimen dan akan memohon lesen untuk sebarang kegunaan komersial. Curtiss menyaman balas Handley Page kerana melanggar enam paten mereka dalam mesin Handley Page. [3] Mereka juga memetik keputusan bahawa jentera British tidak dibenarkan diimport ke AS.
Selepas pertandingan itu, Tanager telah musnah dalam kebakaran apabila percikan api dari enjinnya menyebabkan rumput terbakar. [4]
Data dari Curtiss Aircraft 1907–1947[5]
Ciri-ciri umum
Prestasi
Pesawat setanding