Cybergeddon (dari tech. cyber-, lit. "komputer"; Ibrani: Megiddo, diekstrak daripada Har Megiddo ("gunung pertempuran terakhir")) merujuk kepada bencana yang diakibatkan daripada sabotaj berskala besar semua rangkaian, sistem dan aktiviti berkomputer. Ia menggabungkan keganasan siber, perang siber, jenayah siber dan hacktivisme ke dalam senario gangguan internet berskala luas atau keruntuhan ekonomi.[1] Infrastruktur ekonomi atau perindustrian boleh disasarkan, seperti bank[2] atau sistem kawalan perindustrian.[3] Sejak 2012, bilangan serangan berasaskan Internet dan kerumitannya telah meningkat.[4]
"Cybergeddon ialah satu kemungkinan," jelas Ketua Pegawai Eksekutif FireEye Ashar Aziz dalam temu bual dengan Bloomberg: "Serangan ke atas infrastruktur kritikal seperti grid kuasa atau institusi kewangan boleh mendatangkan malapetaka bukan sahaja pada ekonomi Amerika Syarikat, tetapi sebenarnya, ekonomi dunia."[5]