Daerah Kuala Penyu | |
---|---|
Negara | Malaysia |
Negeri | Sabah |
Bahagian | Pedalaman |
Pusat pentadbiran | Kuala Penyu |
Pentadbiran | |
• Badan | Majlis Daerah Kuala Penyu |
• Pegawai daerah | Edmund Teo |
Keluasan | |
• Jumlah | 455 km2 (176 batu persegi) |
Penduduk (2020)[1] | |
• Jumlah | 23,710 |
• Kepadatan | 52/km2 (130/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (WPM) |
Nombor plat | SK |
Laman sesawang | pdkotamarudu |
Kuala Penyu merupakan sebuah daerah di Bahagian Pedalaman, barat negeri Sabah, Malaysia. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Pekan Kuala Penyu. Antara pekan lain yang terdapat dalam daerah ini termasuklah Pekan Menumbok. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan masyarakat Dusun Tatana dan Bisaya.
Nama "Kuala Penyu" berasal daripada lagenda sebiji batu berbentuk seekor mamalia menyerupai penyu yang terbenam di kuala Sungai Sitompok di daerah ini.[2]
Daerah Kuala Penyu terletak di barat negeri Sabah, tepatnya di barat laut Bahagian Pedalaman. Daerah Kuala Penyu hanya bersempadan dengan Daerah Beaufort di selatan dan timur manakala di bahagian utara dan barat merupakan Laut China Selatan. Labuan juga terletak berdekatan dengan pesisir pantai barat daerah ini.
Bentuk muka bumi daerah Kuala Penyu hampir keseluruhannya merupakan dataran rendah dan rata. Titik tertinggi Daerah Kuala Penyu terletak di puncak Bukit Batung yang mempunyai ketinggian mencapai 120 meter.[3] Daerah Kuala Penyu juga mempunyai garis pantai sepanjang 50 kilometer.[2] Sungai terpanjang di daerah ini merupakan Sungai Klias.
Daerah Kuala Penyu ditadbir oleh Majlis Daerah Kuala Penyu yang berpusat di Pekan Kuala Penyu. Majlis Daerah Kuala Penyu juga mentadbir Daerah Kecil Menumbok yang terletak dalam daerah ini. Daerah Kuala Penyu terbahagi kepada tujuh mukim;
Tahun | Pend. | ±% |
---|---|---|
2000 | 61,642 | — |
2010 | 66,374 | +7.7% |
2020 | 69,528 | +4.8% |
Sumber: [4] |
Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Kuala Penyu ialah seramai 23,710 orang dengan kepadatan penduduk 52 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana.[5] Majoriti penduduk di daerah Kuala Penyu merupakan Bumiputera termasuklah etnik Bisaya, Dusun Tatana, Kedayan, Bajau dan Melayu Brunei.[6][1]
Status | Bangsa | Jumlah |
---|---|---|
Warganegara | Melayu | 7,087 |
Bumiputera lain | 15,100 | |
Cina | 266 | |
India | 15 | |
Lain-lain | 169 | |
Bukan warganegara | - | 1,073 |
Jumlah | 23,710 |
Di daerah Kuala Penyu, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan lebih 64 peratus diikuti agama Kristian sebanyak 33 peratus dan Agama Buddha sebanyak dua peratus. Agama Hindu dan lain-lain serta tidak beragama mencatatkan kurang satu peratus.[1]
Daerah Kuala Penyu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam di sekitar daerah. Terdapat 24 buah sekolah rendah, empat buah sekolah menengah, sebuah hospital daerah, tiga buah klinik kesihatan dan dua klinik desa di sekitar daerah.
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama :0