Daerah Sri Aman

Sri Aman
Peta daerah Sri Aman
Peta daerah Sri Aman
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianSri Aman
Pusat pentadbiranSimanggang
Pihak berkuasa tempatanMajlis Daerah Sri Aman
Keluasan
 • Jumlah2,323 km2 (897 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah61,238
 • Kepadatan26/km2 (68/batu persegi)
Poskod
95xxx

Sri Aman ialah sebuah daerah yang berada di wilayah Sarawak, Malaysia. Daerah ini berada di bawah pentadbiran Bahagian Sri Aman. Pusat pentadbiran bagi daerah ini ialah Bandar Simanggang. Antara pekan lain yang berada di daerah ini termasuklah Bakong dan Batu Lintang.

Daerah ini mempunyai jumlah keluasan sebanyak 2,323 kilometer persegi dengan jumlah penduduk seramai 61,238 orang pada tahun 2020. Majoriti penduduk di daerah Sri Aman merupakan Bumiputera Sarawak, dengan sebahagian besar antara mereka berbangsa Iban.

Pentadbiran daerah di Sri Aman kemungkinan bermula seawal tahun 1846, iaitu selepas wilayah Lupar diserahkan kepada pemerintahan James Brooke.[1] Sri Aman seterusnya telah diletakkan di bawah Bahagian Simanggang yang telah ditubuhkan pada 1 Jun 1873.[2] Pada tahun 2002, sebahagian kawasan di bawah daerah Sri Aman iaitu daerah kecil Maludam telah dipindahkan ke bawah pentadbiran daerah Betong.[1]

Pada 12 Disember 2021, dua daerah kecil iaitu Lingga dan Pantu telah dipisahkan daripada pentadbiran daerah Sri Aman setelah kedua-duanya dinaik taraf kepada daerah penuh.[3]

Daerah Sri Aman pada mulanya dinamakan sebagai Simanggang, namun telah ditukar pada tahun 1974 setelah peristiwa Deklarasi Sri Aman iaitu perjanjian keamanan antara kerajaan dan pasukan Komunis.[1]

Pentadbiran

[sunting | sunting sumber]

Daerah Sri Aman terletak di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Sri Aman yang merupakan sebahagian daripada pentadbiran Bahagian Sri Aman. Pihak berkuasa tempatan yang mentadbir daerah ini pula ialah Majlis Daerah Sri Aman.

Daerah Sri Aman diletakkan di bawah tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Lingga (N28) yang terletak di bawah kawasan Parlimen Batang Lupar (P201) dan Bukit Begunan (N31) serta Simanggang (N32) yang terletak di bawah kawasan Parlimen Sri Aman (P202).

Batang Lupar di Simanggang

Daerah Sri Aman terletak di barat negeri Sarawak, dan di tengah bahagian Sri Aman. Daerah Sri Aman bersempadan dengan daerah Betong di utara, daerah Lubok Antu di timur, daerah Pantu dan Lingga di barat dan daerah Pusa di barat laut. Daerah Sri Aman juga mempunyai sempadan antarabangsa dengan Kalimantan Barat, Indonesia di selatan.

Daerah Sri Aman mempunyai keluasan kira-kira 2,323 kilometer persegi dan mempunyai titik tertinggi mencecah 853 meter.[4] Bentuk muka bumi daerah ini sebahagian besarnya merupakan kawasan rendah, rata dan mendatar. Namun di terdapat beberapa kawasan tanah tinggi dan berbukit terutamanya di selatan daerah. Di selatan daerah juga terbentangnya Banjaran Kelingkang yang menjadi sempadan antara Malaysia dan Indonesia. Antara sungai utama yang mengalir di daerah ini termasuklah Batang Lupar.

Demografi

[sunting | sunting sumber]
Kumpulan etnik warganegara (2010)[5]
Etnik Peratusan
Iban
  
60.0%
Melayu
  
25.7%
Cina
  
13.5%
Lain-lain
  
1.8%

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Sri Aman ialah seramai 61,238 orang dengan kepadatan penduduk 26 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang. Bancian ini juga merekodkan sejumlah 13,306 isi rumah dengan 17,871 tempat kediaman. Majoriti penduduk di daerah Sri Aman merupakan Bumiputera Sarawak, dengan sebahagian besar antara mereka berbangsa Iban dan Melayu. Penduduk berbangsa Cina membentuk kumpulan warganegara bukan Bumiputera terbesar di daerah ini. Penduduk bukan warganegara terdiri daripada 1,362 orang.[6][7]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[6]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Melayu 14,075
Bumiputera lain 38,418
Cina 7,251
India 26
Lain-lain 106
Bukan warganegara - 1,362
Jumlah 61,238
Agama di Sri Aman - Banci 2020
Agama Peratusan
Kristian
  
63.2%
Islam
  
26.8%
Buddha
  
8.8%
Tidak beragama
  
1.0%
Lain-lain
  
0.2%

Di daerah Sri Aman, agama Kristian merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan lebih 63 peratus dari jumlah penduduk diikuti agama Islam dengan peratusan sebanyak 26 peratus. Kumpulan ketiga terbesar di daerah ini merupakan penduduk beragama Buddha dengan peratusan lebih lapan peratus. Terdapat juga penganut agama lain seperti Hindu dan penduduk tidak beragama di daerah ini yang membentuk kumpulan minoriti.[6]

Bilangan penduduk mengikut agama (2020)
Agama Jumlah
Kristian 38,675
Islam 16,407
Buddha 5,381
Hindu 26
Lain-lain 112
Tidak beragama 637
Jumlah 61,238
  1. ^ a b c "Profil Daerah Sri Aman - Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Sri Aman". sriaman.sarawak.gov.my. Dicapai pada 2024-12-16.
  2. ^ "SEJARAH SRI AMAN - Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Sri Aman". sriaman.sarawak.gov.my. Dicapai pada 2024-12-16.
  3. ^ "Latar Belakang - Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Sri Aman". sriaman.sarawak.gov.my. Dicapai pada 2024-12-16.
  4. ^ Malaysia, Department of Statistics. "Sri Aman Kawasanku | OpenDOSM". open.dosm.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-12-17.
  5. ^ "TABURAN PENDUDUK MENGIKUT PBT & MUKIM 2010". Department of Statistics, Malaysia. Dicapai pada 15 December 2017.
  6. ^ a b c "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
  7. ^ "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.