Daerah sekolah

Daerah sekolah merupakan salah satu bentuk daerah tujuan khas yang ditubuhkan di Amerika Syarikat dan Kanada yang bertujuan untuk mengurus sekolah rendah dan sekolah menengah awam. Sebuah daerah sekolah merupakan badan undang-undang yang berasingan dari korporat dan politik.

Daerah sekolah adalah sebuah bentuk pemerintahan bebas yang sama dengan pemerintahan bandar atau daerah termasuk cukai dan domain nyata (kecuali di Virginia, AS). Badan pentadbirannya, yang kebiasaannya dipilih melalui undian popular langsung, namun boleh juga dilantik oleh pegawai kerajaan yang lain, dikenali sebagai Lembaga Sekolah, Lembaga Amanah, Jawatankuasa Sekolah dan sebagainya.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]