Dai-gensui | |
---|---|
Ketua Pemerintah Tertinggi Tentera Darat dan Tentera Laut Imperial Jepun (Jepun: 大元帥陸海軍大将, rumi: Dai-gensui-riku-kai-gun-taishō ) ialah pangkat tertinggi bagi Tentera Darat Imperial Jepun dan Tentera Laut Imperial Jepun dari tahun 1870an hingga 1945, apabila Empayar Jepun dibubarkan. Pangkat ini hanya pernah disandang oleh Maharaja Jepun selaku panglima tertinggi Angkatan Tentera Imperial Jepun dan, secara berasingan, merupakan pegawai berpangkat paling tinggi bagi semua cabang tentera. Ia secara rasmi tidak digunakan lagi pada tahun 1947 apabila angkatan bersenjata Imperial Jepun dimansuhkan.
Istilah ini berasal dari gelaran tentera China da yuan shuai(大元帥), sejenis gelaran yang lebih tinggi dari yuan shuai(元帥, disebut gensui dalam bahasa Jepun).
Dekri No. 252 oleh Dajokan, bertarikh 7 September 1872 mula-mula menyebut secara rasmi pangkat dai-gensui; namun, tiada pelantikkan dibuat sebelum pangkat itu dimansuhkan bersama pangkat gensui pada 8 Mei 1873. Dengan "Draf Ordinans No. 142" Perlembagaan Empayar Jepun (Bab 1 Lampiran 1) bertarikh 30 September 1889, Maharaja secara rasminya diberi pangkat dai-gensui dan ditabalkan Pemerintah Tertinggi Tentera Darat dan Tentera Laut.
Tanda-tanda huruf kanji juga merujuk pada dewa Buddha, Daigensui Myō'ō (大元帥明王), seorang Raja Bijaksana yang disembah oleh Istana Imperial semenjak Maharaja Ninmyō dan oleh mazhab Shingon, kerana kuasa legenda ajaibnya menghapuskan musuh-musuh asing dan pemberontakan, seperti seorang pemimpin tentera.
Insignia "dai-gensui" adalah sama dengan lencana jeneral penuh tetapi ditambah dengan lambang kekwa emas imperial.
Pangkat junior Gensui (Tentera Darat) Gensui (Tentera Laut) |
Empayar Jepun (Pangkat Imperial Jepun) Dai-gensui |
Pangkat senior Tiada |
Senarai pemegang pangkat ini ialah:
Pemegang | Seumur hidup | Masa pangkat | Nota |
---|---|---|---|
Maharaja Meiji | 3 November 1852 — 30 Julai 1912 | 1872-1873; 1889-1912 | |
Maharaja Taishō | 31 Ogos 1879 — 25 Disember 1926 | 1912-1926 | |
Maharaja Shōwa | 29 April 1901 — 7 Januari 1989 | 1926-1945 | Memegang pangkat ini sehingga 15 Ogos 1945 apabila Jepun menyerah kalah kepada pihak Bersekutu, pangkat dengan rasminya dimansuhkan pada tahun 1947. |