Damar hitam siput jantan | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Plantae |
Klad: | Trakeofit |
Klad: | Eudikot |
Klad: | Rosid |
Order: | Malvales |
Keluarga: | Dipterocarpaceae |
Genus: | Richetia |
Spesies: | R. hopeifolia
|
Nama binomial | |
Richetia hopeifolia (F.Heim) P.S.Ashton & J.Heck.[2]
| |
Sinonim[2] | |
|
Damar hitam siput jantan atau damar siput jantan,[3] dengan nama saintifik Richetia hopeifolia (sin. Shorea hopeifolia) ialah spesies tumbuhan dalam keluarga Dipterocarpaceae. Ia terdapat di hutan Sumatera, Semenanjung, Borneo, dan Filipina.
Pokok ini kini amat kurang disebabkan pembalakan. Ia dipanggil lun siput jantan di Sarawak dan seraya kuning jantan di Sabah.[3]
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Damar hitam siput jantan ialah pokok besar yang bertumbuh sehingga 40-50 meter (130-165 kaki) dengan diameter batangnya sebanyak 130 sentimeter (4 kaki 3 inci).
Kulit pokok ini tebal dan licin, dengan sisik tertekan yang serupa dengan pokok guijo. Kekadangnya kulit pokok yang besar mempunyai rabung-rabung lintang yang panjangnya lebih kurang sama, dengan lebarnya antara 10-20 sentimeter, dan berjarak 3-10 sentimeter antara satu sama lain. Kulit ini melelehkan cecair perang tua yang dijadikan damar hitam apabila kering.
Daun pokok ini bak kulit lembu, licin dan kilat, serta berbentuk ovat bujur atau ovat elips. Warnanya merah tua atau hitam apabila kering, dan saiznya 7-10 sentimeter panjang x 3.5-5 sentimeter lebar. Petiolnya halus, genikulat, dan berukuran 8-10 milimeter panjang.
Damar hitam siput jantan berbunga pada bulan April di Davao, Filipina, dan berbuah pada bulan Mei dan Jun di Zamboanga. Bunganya hampir 7 milimeter panjang dengan pedikel yang berukuran 1 milimeter panjang amat kuat, sedangkan pedikel buahnya kira-kira 3 milimeter panjang.
Ciri yang membezakan damar hitam siput jantan ialah saraf daun yang amat halus, dan hampir tidak terjulur dari permukaan bawah daun, dengan tulang daun sekunder yang jelas dan berwarna kemerah-merahan atau kehitam-hitaman, seringnya dengan sepasang domatium glabrus pada pangkalnya.
Kayu pokok ini amat serupa dengan Shorea assamica ssp. philippinensis, kecuali warnanya kekuning-kuningan berbanding warna muda. Oleh itu, kayu ini dijual di bawah tanda dagang "meranti kuning".