Dan Gerson | |
---|---|
Kelahiran | Daniel Gerson 1 Ogos 1966 |
Meninggal dunia | 6 Februari 2016 (umur 49) Los Angeles, California, A.S. |
Sebab kematian | Kanser otak |
Warganegara | Amerika |
Pekerjaan | Penulis skrip, pelakon suara |
Tahun aktif | 1997–2016 |
Karya terkenal | Monsters, Inc. Monsters University Big Hero 6 |
Pasangan | Beau Stacom (k. 1995; kematiannya 2016) |
Anak-anak | 2 |
Daniel "Dan" Gerson (1 Ogos 1966 - 6 Februari 2015) ialah seorang penulis skrip dan pelakon suara Amerika, yang paling terkenal menerusi karyanya di Pixar dan Walt Disney Animation Studios. Beliau bekerja sama menulis skrip Monsters, Inc., Monsters University dan Big Hero 6; dua bersama rakan sejawatannya Robert L. Baird.[1] Pada saat kematiannya, Cars 3 dilaporkan menjadi filem terakhirnya sebagai penulis skrip.[2]
Gerson juga merupakan ahli pasukan penulisan Pixar dan Disney, dan menyumbangkan bahan untuk Chicken Little, Curious George, Cars, Meet the Robinsons, Up, Inside Out dan Zootopia, serta rancangan TV termasuk Misguided Angeles, Big Wolf on Campus dan Something So Right.[3][4][5] Dari filem-filem yang ditulisnya, Big Hero 6 memenangi Anugerah Akademi untuk Filem Animasi Terbaik, di mana Monsters, Inc juga dicalonkan.[6] Big Hero 6 juga menjadi animasi berkeuntungan tertinggi pada tahun 2014.[7] Ia juga memenangi anugerah BAFTA.[8]
|publisher=
(bantuan)
{{#switch:||Kategori=