Danny Ramirez | |
---|---|
Kelahiran | [1][2] Chicago, Illinois, U.S. | 17 September 1992
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 2016-kini |
Danny Ramirez (lahir 17 September 1992 di Chicago ) merupakan seorang pelakon Amerika Syarikat. [3] Beliau terkenal menerusi peranannya sebagai Wes dalam The Gifted dan Mario Martinez dalam siri TV On My Block .
Ramirez dilahirkan di Chicago dan dibesarkan di Miami . Beliau berketurunan Colombia dan Mexico . Beliau bersekolah di Miami Coral Park Senior High School . Beliau bercita-cita mahu menjadi seorang atlet. Beliau telah mencuba bola sepak dan bola sepak Amerika, tetapi kecederaan tidak membenarkannya untuk meneruslan cita-citanya. [3]
Danny Ramirez membuat penampilan sulung bagi televisyennya di Showtime, The Affair diikuti dengan peranan dalam Blindspot tayangan NBC dan filem cereka, Rapid Eye Movement semasa menghadiri Sekolah Seni Tisch Universiti New York . [4]
Beliau kemudiannya muncul semula sebagai Wes menerusi The Gifted dan sebagai Mario Martinez dalam siri Netflix popular On My Block . Beliau juga menjadi pelakon jemputan dalam Orange Is the New Black . Kredit filem pertamanya yang terkenal datang sejurus selepas menamatkan pengajian, dalam Assassination Nation arahan Sam Levinson [5] [6] yang ditayangkan di Festival Filem Sundance.
Pada Ogos 2018, Ramirez diumumkan untuk berlakon dalam Top Gun: Maverick, bersama-sama dengan Tom Cruise . [7]
Pada November 2018, Ramirez telah diberikan Anugerah NYU Stonestreet Granite Tahunan Ketiga, yang sebelum ini dianugerahkan kepada Miles Teller dan Rachel Brosnahan . [8]
Pada tahun 2021, Ramirez memainkan watak Joaquin Torres dalam siri Disney+ The Falcon and the Winter Soldier, yang berlatarkan Marvel Cinematic Universe . [9]
Pada 2021,beliau muncul dalam filem Root Letter, berdasarkan permainan video Jepun. [10]
Pada Januari 2022, Ramirez telah dilakonkan dalam Stars at Noon yang diarahkan oleh Claire Denis . [11]
Pada Februari 2022, dia membintangi filem thriller Hulu No Exit as Ash
<ref>
tidak sah, nama ":3" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza