Darjah Kerabat Diraja Hohenzollern (Königlicher Hausorden von Hohenzollern atau Royal House Order of Hohenzollern) ialah satu darjah kebesaran Kerabat Hohenzollern dari Prusia yang dikurniakan kepada pegawai tentera dan orang awam yang bersamaan taraf. Dikaitkan dengan pelbagai versi darjah seperti salib dan pingat yang boleh dikurniakan kepada askar berpangkat rendah dan orang awam bawahan.
Darjah Kerabat Hohenzollern telah dizahirkan pada 5 Disember 1841 oleh dekri bersama Putera Konstantin Hohenzollern-Hechingen dan Putera Karl Anton Hohenzollern-Sigmaringen. Kedua-dua kerajaan kecil di selatan Jerman ini merupakan keturunan sesisi Kerabat Katolik Hohenzollern, sepupu kepada kerabat Protestan Prusia. Pada 23 Ogos 1851, selepas dua kerajaan kecil ini telah diilhak oleh Prusia, darjah tersebut telah diguna pakai oleh cabang kerabat Prusia. Darjah ini juga berkait rapat dengan kerabat diraja Romania kerana anak Putera Karl Anton iaitu Karl Eitel Friedrich telah menjadi Raja Romania dengan gelaran Carol I, kemudian disambung oleh anak buahnya Ferdinand I, cucu saudaranya Carol II dan yang terakhir cicit saudaranya Michael I.
Darjah Kerabat Diraja Hohenzollern terdiri daripada empat peringkat:
Komander Utama (Grand Commander/Grosskomtur)
Komander (Commander/Komtur)
Kesatria (Knight/Ritter)
Ahli (Member/Inhaber)
Semasa Perang Dunia I, Salib Kesatria Darjah Kerabat Diraja Hohenzollern berserta Pedang telah menjadi anugerah pertengahan diantara Iron Cross Kelas 1 dan Pour le Merite bagi para pegawai rendah Prusia. Apabila dikurniakan dengan pedang, ia telah dipakai pada riben Iron Cross.
Terdapat lebih 8,000 anugerah Salib Kesatria Darjah Kerabat Hohenzollern berserta Pedang semasa Perang Dunia I. Antara penerima yang kemudian mendapat nama dalam Perang Dunia II ialah:
Leonhard Graf von Blumenthal – Fil Marsyal Prusia dalam Perang Penyatuan; memegang Royal House Order Grand Commander with Swords on Ring dan Commander with Star with Swords; juga menerima Pour le Mérite with Oakleaves and Diamonds.
Fedor von Bock - Fil Marsyal dalam Wehrmacht; juga penerima Pour le Mérite
Oswald Boelcke - salah seorang juruterbang handalan Jerman dalam Perang Dunia I; juga penerima Pour le Mérite.
Friedrich Bogendörfer – juga penerima Pour le Mérite; mendapat pangkat kesatria dan bangsawan; diangkat menjadi Friedrich Ritter von Bogendörfer oleh Bavaria Military Order of Max Joseph
Ernst Busch - Fil Marsyal dalam Wehrmacht; juga penerima Pour le Mérite
Jakob Danner – Pegawai Bavaria yang mendapat pangkat kesatria dan bangsawan; diangkat menjadi Jakob Ritter von Danner oleh Bavaria Military Order of Max Joseph; pada tahun 1923 beliau membantu dalam menghentikan Beer Hall Putsch
Friedrich-Wilhelm Dernen - Pegawai rendah Baden; juga penerima Pour le Mérite dan Baden Military Karl-Friedrich Merit Order
Karl Donitz - Laksamana Besar dalam Kriegsmarine dan pengganti Hitler sebagai Presiden Jerman
Hermann Goering - Reichsmarschall dan timbalan Hitler; juga penerima Pour le Mérite, Baden Military Karl-Friedrich Merit Order dan pelbagai pingat yang lain
Erich Hoepner - Kolonel Jeneral dalam Wehrmacht dan pemimpin konspirasi keatas Hitler
Hans-Valentin Hube - Kolonel Jeneral dan salah seorang pegawai paling banyak terima pingat dalam Wehrmacht
Max Immelmann - juruterbang handalan Jerman dalam Perang Dunia I yang mengeksploitasi kemasyhuran namanya dengan memberi gelaran "Blue Max" kepada Pour le Mérite; juga penerima Knight Cross dan Commander Cross of Saxony Military Order of St. Henry
Ernst Junger - juga penerima Pour le Mérite. Pengarang memoir terkenal Perang Dunia I, "Storm of Steel". Ketika Perang Dunia II, beliau menyertai semula Wehrmacht sebagai kapten dan bertugas bersama tentera pendudukan Jerman di Paris.
Hermann Kohl – juruterbang Perang Dunia I dan perintis kapal terbang; membuat penerbangan pertama Timur-Barat merentas Atlantik; juga penerima Pour le Mérite, Württemberg Military Merit Order, Distinguished Flying Cross A.S.
Walter Model - Fil Marsyal dan salah seorang pegawai yang paling banyak terima pingat dalam Wehrmacht
Helmuth von Moltke the Elder – Fil Marsyal Prusia dalam Perang Penyatuan; memegang Royal House Order Grand Commander with Swords; juga menerima Pour le Mérite with Oakleaves, Crown and Diamonds, Grand Cross of the Pour le Mérite dan Civil Class of the Pour le Mérite
Louis Alfred Carl Oscar Müldner von Mülnheim, Mejar dan pembantu peribadi Putera Mahkota Jerman
Karl August Nerger, komander kapal kruiser Jerman; salah seorang daripada dua pegawai rendah yang menerima lima darjah kebesaran tertinggi Jerman: Pour le Mérite, Bavaria Military Order of Max Joseph, Saxony Military Order of St. Henry, Württemberg Military Merit Order and Baden Military Karl-Friedrich Merit Order
Theo Osterkamp – juruterbang handalan Perang Dunia I dan penerima Pour le Mérite; juga berkhidmat dalam Perang Dunia II dan naik ke Generalleutnant
Manfred von Richthofen – wira udara terbaik Jerman dalam Perang Dunia I; juga penerima Pour le Mérite, Saxony Military Order of St. Henry, Württemberg Military Merit Order dan beberapa pingat yang lain
Gerd von Rundstedt - Fil Marsyal dalam Wehrmacht dan Panglima Tertinggi Barat Eropah
Dietrich von Saucken - General der Panzertruppe dan salah seorang pegawai yang paling banyak terima pingat dalam Wehrmacht
Friedrich Graf von der Schulenburg – menerima Knight Cross of the Royal House Order sebagai Lt. Kolonel dan Commander Cross sebagai Kolonel; juga penerima Pour le Mérite with Oakleaves dan Order of the Red Eagle 2nd Class with Swords, Oakleaves and Crown
Hugo Sperrle - Fil Marsyal dalam Luftwaffe; juga penerima Württemberg Military Merit Order
Ernst Udet – wira udara kedua terbaik Jerman dalam Perang Dunia I; juga penerima Pour le Mérite dan Kolonel Jeneral dalam Luftwaffe
Alfred von Waldersee – Fil Marsyal Prusia dan Ketua Staf Am Jerman; memegang Royal House Order Grand Commander with Swords on Ring dan Knight with Swords
Erwin von Witzleben - Fil Marsyal dalam Wehrmacht dan pemimpin konspirasi keatas Hitler