Darjah-Darjah Kerabat Persekutuan Jenis Darjah Kebesaran Persekutuan Dizahirkan 16 Ogos 1958 Negara Malaysia Reben Kuning dan di tengahnya terdapat jalur merah. Di kedua-dua belah tepinya terdapat jalur kecil putih di antara dua jalur kecil berwarna biru. Cogan kata Berpegang Tegoh Pada Allah Kelayakan Raja Permaisuri Agong, Raja-Raja Melayu, anak-anak Raja negara luar, Ketua-ketua Negara atau orang-orang yang amat ternama. Status Masih dikurniakan Penganugerah Yang di-Pertuan Agong Gred Darjah Utama Seri Mahkota Negara Singkatan darjah D.M.N. Pelantikan pertama 1958 Pelantikan terakhir 2023 Jumlah lantikan 45 DMN 68 DMN (K) Lebih tinggi Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia Lebih rendah Seri Maharaja Mangku Negara Reben darjahsunting · sunting di Wikidata Lihat pendokumenan templat ini
Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.) merupakan darjah yang kedua antara sepuluh darjah Anugerah Diraja Malaysia dan tidak mempunyai darjah kecil.
Bilangan ahli D.M.N. terhad kepada 30 orang. D.M.N ini dikurniakan kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang baru sahaja ditabalkan di negerinya. 15 daripadanya mungkin daripada Anak-anak Raja Negara Asing, Ketua-ketua Negara atau orang-orang yang amat ternama.
Darjah Utama Seri Mahkota Negara ini mengandungi Kalung, Bintang, Selepang dan Lencana. Kalung Darjah mengandungi motif tengah yang berbentuk dua bilah keris bersarung yang bersilang serta menjulang. Bintang dan Bulan Sabit Bintang Darjah ini diperbuat daripada emas dan berbentuk bintang pecah sembilan. Lencana Darjah ini diperbuat daripada bintang pecah lima. Selepang Darjah diperbuat daripada kain sutera kuning dan di tengahnya terdapat jalur merah dan hujungnya berikat reben.
Di kedua-dua belah tepinya terdapat jalur kecil putih di antara dua jalur kecil berwarna biru. Darjah ini dizahirkan pada 16 Ogos 1958 dan diwartakan pada 21 Ogos 1958.
1958: Tuanku Abdul Rahman , Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
1958: Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin al-Mu’azzam Shah , Sultan Pahang
1958: Sultan Hisamuddin Alam Shah , Sultan Selangor
1958: Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar , Sultan Johor
1958: Sultan Ibrahim ibni Sultan Muhammad IV , Sultan Kelantan
1958: Sultan Ismail Nasiruddin Shah , Sultan Terengganu
1958: Tuanku Syed Putra Jamalullail , Raja Perlis
1958: Sultan Yussuff Izzuddin Shah , Sultan Perak
1959: Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah , Sultan Kedah
1960: Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim , Sultan Johor
1961: Tuanku Munawir , Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
1961: Sultan Yahya Petra , Sultan Kelantan
1961: Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah , Sultan Selangor
1962: Tengku Budriah , Raja Permaisuri Agong
1963: Sultan Idris Iskandar al-Mutawakkil Alallahi Shah , Sultan Perak
1966: Tengku Intan Zaharah , Raja Permaisuri Agong
1968: Tuanku Ja’afar , Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
1970: Tunku Abdul Rahman Putra , Perdana Menteri Malaysia
1971: Tuanku Bahiyah , Raja Permaisuri Agong
1974: Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah , Sultan Pahang
1976: Tun Abdul Razak Hussein , Perdana Menteri Malaysia (anumerta)
1976: Tengku Zainab , Raja Permaisuri Agong
1979: Sultan Ismail Petra , Sultan Kelantan
1979: Tengku Hajah Afzan , Raja Permaisuri Agong
1980: Tunku Kurshiah , Raja Permaisuri Agong
1981: Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah , Sultan Terengganu
1984: Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail , Sultan Johor
1984: Sultanah Zanariah , Raja Permaisuri Agong
1985: Sultan Azlan Muhibbuddin Shah , Sultan Perak
1989: Tuanku Bainun , Raja Permaisuri Agong
1994: Tuanku Najihah , Raja Permaisuri Agong
1999: Tuanku Siti Aishah , Raja Permaisuri Agong
1999: Sultan Mizan Zainal Abidin , Sultan Terengganu
2001: Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail , Raja Perlis
2001: Tengku Fauziah , Raja Permaisuri Agong
2003: Sultan Sharafuddin Idris Shah , Sultan Selangor
2007: Sultanah Nur Zahirah , Raja Permaisuri Agong
2009: Tuanku Muhriz , Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
2011: Sultan Muhammad V , Sultan Kelantan
2012: Sultanah Haminah Hamidun , Raja Permaisuri Agong
2014: Sultan Nazrin Muizzuddin Shah , Sultan Perak
2015: Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar , Sultan Johor
2018: Sultan Sallehuddin , Sultan Kedah
2019: Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah , Sultan Pahang
2019: Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah , Raja Permaisuri Agong
Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien , Sultan Brunei (1958)
Maharaja Haile Selassie , Maharaja Habsyah (1968)
Carlos P. Garcia , Presiden Republik Filipina (1959)
Raja Bhumibol Adulyadej , Raja Thailand (1962)
Permaisuri Sirikit , Permaisuri Thailand (1962)
Ayub Khan , Presiden Republik Islam Pakistan (1962)
Raja Norodom Sihanouk , Raja Kemboja (1963)
Sisowath Kossamak , Bonda Ratu Kemboja (1964)
Norodom Kantol , Perdana Menteri Kemboja (1964)
Raja Hussein bin Talal , Raja Jordan (1965)
Gamal Abdel Nasser , Presiden Republik Arab Mesir (1965)
Tahia Kazem , Isteri Presiden Republik Arab Mesir (1965)
Mohammad Reza Shah Pahlavi , Shahanshah Iran (16 Januari 1968)[1]
Farah Pahlavi , Shahbanu Iran (1968)
Maharaja Akihito , Maharaja Japan (1970)
Ratu Elizabeth II , Ratu United Kingdom dan alam Komanwel lain (1972)
Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah , Sultan Brunei (1980)
Jaber Al-Ahmad Al-Sabah , Emir Kuwait (1980)
Chun Doo-hwan , Presiden Republik Korea (1981)
Rhee Soon-ja , Isteri Presiden Republik Korea (1981)
Raja Khalid bin Abdulaziz Al Saud , Raja Arab Saudi (1982)
Nicolae Ceaușescu , Presiden Republik Romania (1984)
Richard von Weizsäcker , Presiden Republik Persekutuan Jerman (1987)
Marianne von Weizsäcker , Isteri Republik Persekutuan Jerman (1987)
Roh Tae-woo , Presiden Republik Korea (1988)
Kim Ok-sook , Isteri Presiden Republik Korea (1988)
Carlos Andrés Pérez , Presiden Republik Venezuela (1990)
Patricio Aylwin , Presiden Republik Chile (1991)
Carlos Menem , Presiden Republik Argentia (1991)
Fernando Collor de Mello , Presiden Republik Persekutuan Brazil (1991)
Carlos Salinas de Gortari , Presiden Negeri-negeri Mexico Bersatu (1991)
Qaboos bin Said al Said , Sultan Oman (1991)
Eduardo Frei Ruiz-Tagle , Presiden Republik Chile (1995)
Fernando Henrique Cardoso , Presiden Republik Persekutuan Brazil (1995)
Fidel Ramos , Presiden Republik Filipina (1995)
Martti Ahtisaari , Presiden Republik Finland (1995)
Raja Carl XVI Gustaf , Raja Sweden (1996)
Aleksander Kwaśniewski , Presiden Republik Poland (1997)
Roman Herzog , Presiden Republik Persekutuan Jerman (1997)
Hassan Gouled Aptidon , Presiden Republik Djibouti (1998)
Raja Hamad bin Isa Al Khalifa , Raja Bahrain (2000)
Andrés Pastrana Arango , Presiden Republik Colombia (2001)
Fidel Castro , Presiden Republik Cuba (2001)
Stjepan Mesić , Presiden Republik Croatia (2002)
Carlo Azeglio Ciampi , Presiden Republik Itali (2003)
Permaisuri Silvia , Permaisuri Sweden (2005)
Susilo Bambang Yudhoyono , Presiden Republik Indonesia (2008)
Michelle Bachelet , Presiden Republik Chile (2009)
Hamad bin Khalifa Al Thani , Emir Qatar (2010)
Raja Salman ibn Abdulaziz Al Saud , Raja Saudi Arabia (2017)
Saleha , Raja Isteri Brunei (2019)
Recep Tayyip Erdoğan , Presiden Republik Türkiye (2022)
Albert II, Putera Monaco (2023)
Mohamed bin Zayed Al Nahyan , Presiden Emiriah Arab Bersatu dan Pemerintah Abu Dhabi (2023)