Dekad kosmologi

Dekad kosmologi ( CÐ ) merupakan bahagian dalam hayat kosmos. Bahagian-bahagian itu bersaiz logaritma dengan asas 10. Setiap dekad kosmologi berturut-turut mewakili peningkatan 10 kali ganda dalam jumlah usia alam semesta.[1]

Diungkapkan dalam log(saat seÐekad)

[sunting | sunting sumber]

Apabila CÐ disukat dalam log( saat/Р),  1 bermula pada 10 saat dan tempohnya 90 saat (hinggalah 100 saat selepas Waktu Sifar).  100, iaitu dekad kosmologi ke-100, tempohnya dari 10100 hingga 10101 saat selepas Waktu Sifar. CР bersamaan dengan Time Zero.

Epok  −43.2683 adalah 10(−43.2683) saat, iaitu mewakili waktu Planck semenjak Letupan Besar (Waktu Sifar). Tidak terhingganya bilangan dekad kosmologi antara Letupan Besar dan epok Planck (atau bila-bila sahaja). Epok sekarang iaitu  17.6389, tempohnya 10(17.6389) saat, atau 13.798(37) bilion tahun, semenjak Letupan Besar.[2] Terdapat 60.9 dekad kosmologi antara epok Planck, CР−43.2683, dengan epok sekarang, CР17.6389.

Diungkapkan dalam log(tahun seÐekad)

[sunting | sunting sumber]

Dekad kosmologi boleh diungkapkan dalam tahun log sedekad. Dalam takrifan ini, dekad kosmologi ke-100 tempohnya 10100 tahun ke 10101 tahun selepas Waktu Sifar. Untuk menukar ke format ini, cuma bahagikan dengan saat setahun; atau dalam istilah logaritma, tolak 7.4991116 dari nilai-nilai yang tersenarai di atas. Oleh itu, apabila CÐ diungkapkan dalam log( tahun/Ð ), waktu Planck juga boleh diungkapkan sebagai 10(−43.2683 − 7.4991116) tahun = 10(−50.7674) tahun.

Dalam takrifan ini, epok semasa adalah CÐ (17.6355 − 7.4991116) atau CР10.1364. Seperti yang disebut terdahulu, terdapat 60.9 dekad kosmologi antara epok Planck dengan epok sekarang.

  1. ^ Adams, Fred (2000). The Five Ages of the Universe. Free Press. ISBN 0-684-86576-9. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  2. ^ Planck collaboration (2013). "Planck 2013 results. XVI. Cosmological parameters". Submitted to Astronomy & Astrophysics. arXiv:1303.5076.