Purata kadar pertumbuhan tahunan Filipina pada 2010-2015 adalah 1.72%.[4] Menurut banci 2015, Filipina diduduki 100,981,437 orang.[5] Banci rasmi pertama dijalankan di Filipina pada 1877, mencatatkan seramai 5,567,685 orang.[6] Menurut kiraan rasmi, jumlah penduduk Filipina mencecah 100 juta pada waktu tengah malam 27 Julai 2014, menjadikan ini negara ke-12 yang mencapai bilangan ini.[7]
Dianggarkan bahawa separuh daripada penduduk tinggal di pulau Luzon. Umur median populasi ialah 22.7 tahun dengan 60.9% berumur 15 hingga 64 tahun. Jangka hayat ketika lahir ialah 69.4 tahun: 73.1 tahun bagi perempuan dan 65.9 tahun bagi lelaki.[8] Kadar kemiskinan juga susut kepada 21.6% pada 2015 daripada 25.2% pada 2012.[9]
Majoriti penduduk Filipino datang dari rumpun bangsa Melayu, sementara etnik Aeta dan lain-lain orang hulu membentuk minoriti. Penduduk pribumi bertalian dengan penduduk pribumi Kepulauan Melayu. Kelompok etnik pendatang yang ada di Filipina berabad-abad sebelum pemerintahan kolonial seperti Cina, Jepun dan India telah pun pun berasimilasi dengan budaya negara.[10][11][12][13] Juga terdapat bangsa Eropah dan Amerika yang berhijrah ke Filipina sewaktu zaman kolonial.
Menurut banci 2000, 28.1% warga Filipina berketurunan Tagalog, 13.1% Cebuano, 9% Ilocano, 7.6% Visayans/Bisaya (tidak termasuk Cebuano, Hiligaynon and Waray), 7.5% Hiligaynon, 6% Bikol, 3.4% Waray, dan 25.3% "lain-lain"[14] yang terdiri daripada suku minoriti seperti Moro, Kapampangan, Pangasinan, Ibanag, dan Ivatan.[15] Juga terdapat suku-suku pribumi seperti Igorot, Lumad, Mangyan, Bajau, dan puak-puak Palawan.[16]
Warga Filipina umumnya tergolong kepada beberapa kelompok etnik Asia yang digolongkan secara linguistik sebagai Austronesia atau Melayu-Polinesia.[16] Dipercayai bahawa ribuan tahun dahulu, orang asli Taiwan yang berbahasa Austronesia berhijrah ke Filipina dari Taiwan, membawa sekali ilmu pertanian dan perlarian, akhirnya mengatasi suku Negrito yang terdahulu.[17] Kaum-kaum Negrito seperti Aeta dan Ati merupakan antara penduduk terawal.[18]
Filipina di persimpangan Timur dan Barat juga didiami kaum-kaum dari pelbagai tempat seperti China, Sepanyol, Amerika Syarikat, India, Korea dan Jepun. Kaum minoriti pendatang terpenting sekali adalah Cina dan Sepanyol.
Orang Cina Filipina rata-ratanya keturunan pendatang dari Fujian, China selepas 1898. Jumlahnya sekitar 2 juta tetapi terdapat anggaran 27 peratus Filipina yang mempunyai sekerat keturunan Cina,[19][20][21] daripada pendatang Cina sebelum dan semasa zaman penjajah.[22] Kahwin campur sesama Cina dan pribumi ternyata di kawasan bandar.[23]
Sekurang-kurangnya satu pertiga penduduk Luzon, dan juga penempatan lama di Visayas dan Bandar Zamboanga di Mindanao (sekitar 13.33% populasi Filipina), mempunyai sekerat keturunan Hispanik (dari pelbagai tempat Amerika Latin[24] mahupun negara Sepanyol).[25] Kajian genetik terkini membuktikan keturunan sekerat Eropah[26][27] dan Amerika Latin ini.[28]
Suku minoriti lain yang terpenting termasuklah India dan Jepun. Keturunan pasangan campur kaum dipanggil mestizo.[29][30]
1KLK = kadar kelahiran kasar (per 1000); KMK = kadar kematian kasar (per 1000); PSJ = perubahan semula jadi (per 1000); KJS = kadar jumlah kesuburan (bilangan anak per ibu); IMR = kadar mortaliti bayi per 1000 kelahiran
^"Philippines". (2009). In Encyclopædia Britannica. Retrieved December 18, 2009 from Encyclopædia Britannica Online.
^ abLewis, M. Paul, Gary F. Simons, and Charles D. Fennig (eds.). (2015). [1]. Ethnologue: Languages of the World (18th ed.). Dallas, Tex.: SIL International. Retrieved April 13, 2015.
^"In 1637 the military force maintained in the islands consisted of one thousand seven hundred and two Spaniards and one hundred and forty Indians." ~Memorial de D. Juan Grau y Monfalcon, Procurador General de las Islas Filipinas, Docs. Inéditos del Archivo de Indias, vi, p. 425. "In 1787 the garrison at Manila consisted of one regiment of Mexicans comprising one thousand three hundred men, two artillery companies of eighty men each, three cavalry companies of fifty men each." La Pérouse, ii, p. 368.