Dengan Rahmat Tuhan (Latin: Dei Gratia , disingkatkan D.G.; bahasa Inggeris: By the Grace of God ) ialah frasa lazim yang digunakan dalam monarki-monarki Kristian untuk memulakan gelaran penuh raja-raja. Sebagai contoh di England dan United Kingdom, frasa ini rasminya ditambah kepada gelaran diraja pada tahun 1521 dan masih digunakan. Sebagai contoh, pada duit syiling UK, singkatan D.G. masih wujud lagi hari ini.
Pada asalnya, ia bermaksud raja-raja percaya mereka mempunyai hak untuk memerintah kerana mereka dilantik sendiri oleh Tuhan. Idea ini digunakan oleh raja-raja Kristian untuk memperbenarkan kuasa dan wewenang mutlak mereka.
Mengikut adat, frasa "dengan Rahmat Tuhan" hanya terhad kepada pemerintah yang berdaulat. Dalam sistem berhierarki seperti feudalisme, tanah seseorang lindungan diberikan bukan dengan rahmat Tuhan tetapi daripada seorang bangsawan yang berkedudukan. Namun, ini tidak menghalang raja-raja menggunakannya, walaupun sambil mereka taat kepada paus (sebagai wakil Tuhan) atau pemerintah lain, seperti Kerajaan Bavaria, sebuah negeri di bawah Empayar Rom Suci.
Padanan wujud dalam tamadun-tamadun lain, cth. Mandat Syurga empayar China, yang mana selama berabad-abad dekri rasmi oleh maharaja China sentiasa bermula dengan frasa 「奉天承運皇帝,詔曰」 (rumi: Fèngtiān chéngyùn huángdì, zhào yuē) yang diterjemahkan sebagai "Maharaja, dengan Mandat Syurga, mengisytiharkan".
Frasa tradisional "Dengan Rahmat Tuhan" masih digunakan dalam gelaran rasmi penuh raja-raja di beberapa negara, termasuk Denmark, Liechtenstein, Belanda, Monaco dan United Kingdom.
Di negara-negara Komanwel lain yang berkongsi raja yang sama dengan United Kingdom, frasa ini digunakan di Antigua dan Barbuda, Australia, Bahamas, Belize, Kanada, Grenada, Jamaica, New Zealand, Kepulauan Solomon, Saint Kitts dan Nevis, Saint Lucia, Saint Vincent dan Grenadine serta Tuvalu. Walau bagaimanapun, Papua New Guinea tidak menggunakan frasa ini.
Luxembourg menggunakan frasa ini sehingga tahun 2000, apabila Henri, Grand Duke semasa, memutuskan untuk tidak lagi menggunakannya. Semasa pemerintahan diktator Francisco Franco di Sepanyol, syiling-syiling Sepanyol memaparkan inskripsi yang menyatakan "Francisco Franco Caudillo de España por la G de Dios" (Francisco Franco, Pemimpin Sepanyol Dengan Rahmat Tuhan).
Frasa ini tidak digunakan dalam sistem monarki di Belgium, Luxembourg (berakhir pada pemerintahan Jean, turun takhta 2000), Norway (Haakon VII, mangkat 1957) dan Sweden (Gustav VI Adolf, mangkat 1973). Di Sepanyol, Perkara 56(2) Perlembagaan 1978 menyatakan gelaran Raja Sepanyol hanyalah Rey de España (Raja Sepanyol) tetapi dia boleh menggunakan gelaran lain yang berkaitan dengan mahkota. Walaupun begitu, "Dengan Rahmat Tuhan" tidak akan digunakan dalam dokumen rasmi.
Dalam sesetengah kes, frasa ini digabungkan dengan rujukan kepada pengesahtarafan lain, terutamanya konsep demokratik seperti kontrak sosial, misalnya.