Denny Cagur | |
---|---|
![]() Denny Cagur di program Ini Talkshow Netmediatama, 2017 | |
Kelahiran | Denny Wahyudi 29 Ogos 1977 |
Warganegara | Indonesia |
Pusat pendidikan | Universiti Negeri Jakarta |
Pekerjaan | |
Tahun aktif | 1997 - kini |
Parti politik | PAN (2020 - 2023) PDI-P (sejak 2023) |
Pasangan | Shanty Widihastuti (k. 2006) |
Anak-anak | 3 |
Ibu bapa |
|
Denny Wahyudi, S.Pd (lahir di Bandung, 29 Ogos 1977; umur 47 tahun), atau biasa dipanggil dengan nama Denny Cagur ialah seorang pelawak terkenal, pelakon, penyanyi, dan ahli politik Indonesia. Ia mempunyai darah suku Betawi dari bapa dan Sunda dari ibu.[1]
Pada 15 Januari 2006 Denny Cagur berkahwin dengan Shanty Widihastuti. Mereka dikurniakan seorang putera bernama Fabian Muhammad Yahva yang lahir pada 20 Februari 2009. Pada 8 Jun 2016, Denny Cagur dan Shanty Widihastuti mengadopsi seorang bayi lelaki yang diberi nama Fadlikal Muhammad Arsha.[2] Mereka kembali dikurniakan puteri pertama bernama Fazeela Meshwa Athari pada 12 November 2021.[3]
Beliau yang dikenali sebagai Raja Gombal ini meraih kejayaan dengan kumpulan lawaknya iaitu Cagur bersama kedua rakannya, iaitu Wendy dan Narji yang didirikan 1997. Asal-usul nama kumpulan Cagur iaitu singkatan dari Calon Guru, yang mana mereka bertiga berasal sebagai alumni UNJ.[4] Nama Cagur semakin luas dikenal selepas mereka muncul dalam acara Goyang Inul yang ditayangkan salah satu stesen televisyen swasta, serta bermain dalam acara acara lawak Chatting (Canda Itu Penting) yang ditayangkan di TPI,j.[5]