Dewan Filharmonik Petronas

Dewan Filharmonik Petronas (DFP) ialah dewan konsert pertama di Malaysia yang dibina khas untuk muzik klasik oleh Petronas. Di sinilah berpangkalannya Orkestra Filharmonik Malaysia. Semenjak pembukannya, dewan ini telah menjadi tuan rumah kepada berbilang-bilang seniman dan orkestra terkemuka di dunia. DFP turut mementaskan persembahan jazz antarabangsa di samping persembahan kebudayaan muzik dan tarian tradisional Malaysia.

Dewan konsert merupakan bilik berbentuk kotak barang kemas yang boleh mendudukkan 885 orang. Ruang direka bentuk agar dapat disesuaikan bagi setiap jenis muzik, daripada orkestra dengan korus hingga ke tarian Malaysia dan solo biola. Ruang konsert juga dilengkapkan dengan peralatan rakaman profesional dan diasingkan dari menara pejabat, pusat sains, dan pusat membeli belah. Ciri istimewanya ialah bumbung bergerak yang tersorok. Bumbung ini boleh menukar isi padu akustik dewan daripada 13,300 m2 buat persembahan konsert muzik kamar dan mesyuarat ke ruang lebih luas sebanyak 18,9752 bagi orkestra besar dan persembahan permainan organ. Ciri ini direka bentuk oleh perunding akustik, Kirkegaard Associates.

Dewan Filharmonik Petronas terletak di Menara Berkembar Petronas, dan dirasmikan pada 17 Ogos 1998 oleh Orkestra Filharmonik Petronas, Siti Hasmah Mohamad Ali dan Perdana Menteri ketika itu, Mahathir Mohamad.

Klais Pipe Organ

[sunting | sunting sumber]

Di dalam dewan ini tersedia sebuah organ paip Klais rekaan pembuat organ terkemuka Johannes Klais dari Bonn, Jerman. Organ yang rupanya diilhamkan daripada alat muzik tradisional angklung, memperhebatkan lagi persembahan muzik yang didendangkan di dalam dewan. Organ 44-stop tracker action ini mempunyai tiga manual dan satu bahagian pedal, pengganding mekanik, stop action elektrik, dan sistem ingatan elektronik untuk memilih senarai dalam jadual daftar. Organ ini dilengkapi 2,977 paip yang berbagai-bagai saiznya, dari sekecil seinci lebih kepada setinggi 32 kaki yang terletak di bahagian pedal.

Persembahan organ paip sulung didendangkan oleh Simon Preston pada 29 Januari 1999.

Studio rakaman

[sunting | sunting sumber]

Studio rakaman DFP direka oleh Abbey Road Studios daripada EMI Group (UK) dan dibina oleh Audio Design Group, untuk membolehkan rakaman pementasan bermutu tinggi di dewan konsert.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]