Dewan Olimpik | |
---|---|
Etimologi | Sukan Olimpik |
Maklumat umum | |
Jenis | Tempat persembahan muzik |
Lokasi | Taman Olimpik Seoul, Seoul |
Alamat | Songpa-gu, Bangi-dong, 88-2 |
Negara | Korea Selatan |
Koordinat | 37°30′52.96″N 127°7′39.07″E |
Pengendali | Pembangunan Industri Sukan Korea |
Tapak web | |
https://www.ksponco.or.kr/olympicpark/menu.es?mid=a20301031000 | |
sunting · sunting di Wikidata |
Dewan Olimpik ialah suatu tempat persembahan muzik yang terletak di Seoul, Korea Selatan. Secara khususnya, Dewan Olimpik berada di dalam kawasan Taman Olimpik di kejiranan Bangi, daerah Songpa. Ia telah dibuka pada tahun 2003.[1]
Pada tahun 2011, Dewan Olimpik telah diubah suai sebagai sebuah dewan konsert oleh Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan dan Yayasan Penggalakan Sukan Korea. Projek pengubahsuaian yang berlangsung selama setahun itu termasuklah pentas yang diperluas untuk dewan utama dengan 2,452 tempat duduk tetap, sebuah bilik pameran untuk mempamerkan sejarah pop Korea dari tahun 1920-an hingga sekarang, serta teater kecil 240 tempat duduk untuk pemuzik indie dan artis baharu. Ia dibuka semula pada 22 Jun 2011, dengan persembahan sambutan oleh penyanyi veteran dan kumpulan K-pop seperti Super Junior, 2PM, 4Minute, 2NE1 dan After School.[2][3] Dewan utamanya mempunyai kapasiti hampir 4,000 orang.[1]