Dokumen perjalanan ialah dokumen pengenalan yang dikeluarkan oleh kerajaan atau pertubuhan perjanjian antarabangsa untuk memudahkan pergerakan individu atau kumpulan kecil orang merentasi sempadan antarabangsa, mengikuti perjanjian antarabangsa. Dokumen perjalanan selalunya menjamin kerajaan lain bahawa pembawa dokumen boleh kembali ke negara pengeluar, dan selalunya dikeluarkan dalam bentuk buku kecil untuk membenarkan kerajaan lain meletakkan visa serta cap keluar masuk padanya. Dokumen perjalanan yang paling umum ialah pasport, yang selalunya memberi pembawa banyak kelebihan seperti jalan masuk bebas visa ke negara-negara tertentu.[1] Walau bagaimanapun, istilah ini kadangkala hanya digunakan untuk dokumen yang tidak membawa bukti kewarganegaraan, seperti dokumen perjalanan pelarian.
Kategori berkenaan Dokumen perjalanan di Wikimedia Commons