Drishyam | |
---|---|
Pengarah | Nishikant Kamat |
Penulis | Jeethu Joseph |
Lakon layar | Upendra Sidhaye |
Berdasarkan | Drishyam oleh Jeethu Joseph |
Dihasilkan oleh | Kumar Mangat Pathak Ajit Andhare Abhishek Pathak |
Dibintangi | Ajay Devgn Tabu Shriya Saran Ishita Dutta Mrunal Jadhav |
Sinematografi | Avinash Arun |
Disunting oleh | Aarif Sheikh |
Muzik oleh | Lagu: Vishal Bhardwaj[1][2] Skor: Sameer Phaterpekar |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Viacom 18 Motion Pictures White Hill Studios (Amerika Utara) |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 163 minit[3] |
Negara | India |
Bahasa | Hindi |
Bajet | ₹28 crore[4] |
Pecah panggung | ₹111.05 crore[4] |
Drishyam (Visual) ialah filem thriler jenayah Hindi India 2015 dibintangi Ajay Devgn dan Tabu. Ia diarahkan oleh Nishikant Kamat dan diterbitkan bersama oleh Kumar Mangat Pathak, Ajit Andhare dan Abhishek Pathak. Shriya Saran, Ishita Dutta dan Mrunal Jadhav turut menjayakan filem yang merupakan pembuatan semula filem Malayalam 2013 dengan tajuk yang sama. Filem ini dikeluarkan di India pada 31 Julai 2015 dengan belanjawan ₹28 crore dan mendapat ulasan yang amat menggembirakan daripada pengkritik. Ia meraih ₹111.05 crore di seluruh dunia dalam keseluruhannya dan diisytiharkan sebagai "hit" oleh Box Office India kerana meraih ₹93.85 crore di India.
Drishyam telah dikeluarkan pada 31 Julai 2015 di 2,365 skrin di India.[5]