Duit (Belanda: duit ; Jawi: دؤيت ; Jerman: deut ) merupakan suatu kepingan wang logam digunakan dalam perdagangan di Belanda serta wilayah di barat Jerman yang bersempadanan (Kleve dan Geldern) pada abad ke-17 dan ke-18. Ia turut dilanjutkan oleh Syarikat Hindia Timur Belanda sebagai suatu nilai mata wang berdagang semasa ia mula muncul di Alam Melayu menerus ke penjajahan ia di kepulauan Nusantara. Wang ini digunakan di Belanda sampai tahun 1854.
Secara etimologi, kata duit/deut berasal dari kata bahasa Norse Kuno thveit yang pada dasarnya bererti "kepingan".
Menurut penggunaannya di Belanda, 8 kepingan duit setara dengan satu stuiver dan 160 kepingan duit setara dengan satu gulden. Kepingan ini umumnya dibuat dari tembaga, namun ada pula yang ditempa dari perak dan emas.[1] Apabila nilai ini diterapkan dalam pemerintahan jajahan Hindia Timur Belanda pada 1726, ia disamakan dengan seperempat stuiver (yakni 4 duit = 1 stuiver.[2]
Penyerapan "duit" dalam alam Melayu serta bahasa dituturkan memberikan nilai tersendiri. Singapura dan Melaka semasa ditadbir dalam Negeri-Negeri Selat pernah menggunakan nama "duit" sebagai unit terkecil dalam mata wang ia di mana 4 kepingan "duit" bersamaan 1 sen, 2 1/2 bersamaan satu "wang".[3]
Dalam bahasa Belanda, terdapat banyak ungkapan, peribahasa atau ucapan yang mengandung kata duit, antara lain: