Ek Ladki Ko Dekha Toh Aisa Laga | |
---|---|
Pengarah | Shelly Chopra Dhar |
Lakon layar |
|
Dihasilkan oleh | Vidhu Vinod Chopra |
Dibintangi |
|
Sinematografi | Himman Dhamija |
Disunting oleh | Ashish Suryavanshi |
Muzik oleh | Rochak Kohli |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Fox Star Studios |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 120 minit |
Negara | India |
Bahasa | Hindi |
Bajet | ₹35 crore[1] |
Pecah panggung | ₹43.95 crore |
Ek Ladki Ko Dekha Toh Aisa Laga (Apa yang aku rasakan saat aku melihat seorang gadis) ialah filem drama romantik Hindia India 2019 arahan Shelly Chopra Dhar. Skrip ini ditulis oleh Dhar dan Gazal Dhaliwal diilhami oleh novel A Damsel in Distress tahun 1919 karya P. G. Wodehouse. Ia dibintangi oleh Anil Kapoor, Sonam Kapoor, Rajkummar Rao dan Juhi Chawla, dan mempunyai Seema Pahwa, Brijendra Kala, Alka Kaushal, Akshay Oberoi dan Regina Cassandra dalam peranan pembantu. Filem itu menceritakan kisah Sweety Chaudhary yang cenderung tertarik sesama jenisnya dan percubaannya melela diri kepada keluarga Punjabinya yang berfahaman tradisional dan konservatif.
Filem ini ialah kerjasama pertama antara bapa dan anak perempuan Anil Kapoor dan Sonam Kapoor,[2] dan menandakan penampilan Bollywood pertama Regina Cassandra, Ia dikeluarkan di seluruh dunia pada 1 Februari 2019. Skrip ini dipilih oleh Akademi Sains dan Seni Perfileman untuk Koleksi Teras perpustakaannya.