Maklumat peribadi | |
---|---|
Lahir | [1] Singapura | 23 September 2003
Sukan | |
Negara | Singapura |
Sukan | Olahraga |
Acara | 100 meter, 200 meter, 4 x 100 meter henti |
Elizabeth-Ann Tan Shee Ru (lahir 23 September 2003) ialah seorang atlet Singapura yang menyertai lari cepat profesional dalam perlawanan kategori berlari 100m, 200m dan 4 × 100 m.
Sebagai gadis pelajar Sekolah Menengah Nanyang Girls' dan meneruskan pendidikan di Institusi Hwa Chong, Tan berjaya memenangi 13 pingat emas dalam Kejohanan Olahraga Singapura dan memejalkan empat rekod.[2][3][4]
Pada kejohanan belia kelas serantau, Tan ialah salah satu pelari beranting yang memenangi pingat gangsa dalam kategori 4 × 100 m pada Sukan Sekolah Asia Tenggara 2017.[5] Dia kemudian menyertai kejohanan lari beranting Singapura pada tahun 2019 dalam kategori 4 x 100m dan merekodkan rekod baharu bersama rakannya dengan hasil masa tamat 46.68 saat.[6]
Pada Sukan ASEAN 2023 yang bertempat di Phnom Penh, Tan memenuhi kelayakan dalam berlari di kategori 200m, jarak lari yang belum pernah disertai olehnya. Pada kategori itu ia menamatkan lari dengan masa 24.03s.[7] Pada kategori 4 × 100 m, pasukan kebangsaanya tamat dengan masa 45.16s. Pada bulan yang sama ia menyertai Terbuka Lari Taiwan dalam kategori 100m dengan masa tamat 11.87s.[8] Rekodnya lebih baik ketika menyertai lari kategori 100m dalam Kejohanan Olahraga Asia 2023, Tan menamatkan lariannya dengan masa 11.81s.[9] Pada Sukan Asia 2022, rekod 100m miliknya turun sedikit yaitu 12.00s.