Elástico (juga dikenali sebagai el ghorafa, akka, snakebite, dan la culebrita) ialah gerakan menggelecek dengan feint (tipuan/palsu) dalam bola sepak yang digunakan untuk dapat melewati penjagaan daripada pemain pertahanan atau pemain tengah yang hendak merebut bola. Pemain melakukannya dengan menggunakan bahagian luar kaki dominan mereka untuk membentuk pergerakan seperti huruf U atau X. Walaupun teknik gerak kaki ialah yang membedakan elástico dengan teknik gelecek lain, kebolehannya sebagai tipuan untuk penentang juga sangat bergantung pada daya letup pemain penyerang.
—Rivellino ketika ditanya mengenai "elástico" dalam temu ramah Football Greatest 2012[1]
Pada awalnya gerakan itu diasaskan oleh seorang pemain Brazil yang semasa itu masih sangat belia bernama Sérgio Echigo.[2] Pada tahun 1964, Rivellino belajar teknik itu dari Echigo, keduanya ialah skuad belia Corinthians dan mempunyai mimpi untuk mewakili Brazil di peringkat antarabangsa. Rivellino membawa impian sahabatnya itu dan melakukan elástico berulang kali semasa Piala Dunia FIFA 1970.[3]
Penampilan Rivellino yang sangat berkesan di pentas akhir membuat banyak pemain-pemain muda yang menirukan gelecekannya. Salah satunya ialah pemain bola sepak Algeria yang mahsyur di tahun 1980an Salah Assad (dia mengasas elásticonya sendiri, dinamakan "El Ghorraf" dan berbeza dari teknik Echigo mahupun Rivellino, Assad melakukannya sederum dengan berlari cepat). Pemain Amerika Selatan terkenal seperti Julio César Uribe, Romário, Ronaldo Nazario dan Ronaldinho suka bermain dengan teknik gelecekan ini.[3][4][5]
Di Nigeria, gerakan ini sering disebut "Snakebite" (gigitan ular) atau "Zigima" kerana gerakan kaki penyerang yang kadang membuat pemain bertahan hanya diam. Gerakan ini juga popular disebut sebagai "The Gaúcho" – sempena daripada penampilan Ronaldinho (Gaúcho).[6]
Pada sukan bola sepak yang lebih indor seperti futsal, freestyle atau street football, variasi baharu dari elàstico sering disebut "Akka". Akka sendiri dilakukan dengan mengangkat bola setengah atau di atas tubuh lawan. Gerakan ini sering dibuat kombo untuk pannas atau teknik di atas lantai lain sebelum melakukan sepakan.[7]