Enjin Mitsubishi 4B1

4B1
Gambaran keseluruhan
PengeluarMitsubishi Motors
Nama lainWorld Engine
Pengeluaran2005–kini
Kebuk pembakaran
Aloi lejang ombohApplied casting aluminium
Aloi kepala silinderApplied casting aluminium
Rangkaian injapDOHC, 16 valve, (Mitsubishi Innovative Valve-timing Electronic Control)MIVEC
Pembakaran
Jenis bahan apiEmpat silinder segaris DOHC
Kronologi
PendahuluEnjin Mitsubishi 4G6

Enjin Mitsubishi 4B1 merupakan enjin empat silinder segaris yang bercirikan aloi penuh yang dibina melalui rangkaian kuasa loji "World Engine" Mitsubishi Jepun di Shiga atas nama syarikat Global Engine Manufacturing Alliance (GEMA).[1][2][3] Walaupun rekaan asas pelbagai untuk enjin adalah sama, tetapi ciri-ciri yang tepat disesuaikan secara individu untuk setiap rakan kongsi (Chrysler, Mitsubishi, dan Hyundai). Blok silinder dan struktur asas enjin dibina secara bersama oleh syarikat-syarikat GEMA, tetapi pengambilan dan ekzos pancarongga, pengambilan kepala silinder dan liang ekzos, dan elemen lain yang berkaitan dengan enjin bebas dibangunkan oleh Mitsubishi.[1]

Dengan kapasiti 2.0 liter, dalam kedua-dua versi aspirasi semula jadi (4B11) dan turbo (4B11T), merupakan pengganti enjin 4G63 yang ikonik. Ia pertama kali diperkenalkan untuk Mitsubishi Lancer 10 dan EVO X pada tahun 2007. Pengilang terpaksa mencipta successor kepada engin 4g6 kerana keperluan emission yang lebih ketat. 4B11 kini adalah enjin semua-aluminium dengan sistem elektronik terbaharu yang tersedia untuk generasi 4G6 terakhir.

Spesifikasi

Enjin Mitsubishi 4B11 menggunakan blok silinder aluminium. Blok enjin baru ini mempunyai dimensi "persegi" - bore dan stroke diukur sama 86 mm. Enjinnya seimbang dan mempunyai watak berputar bebas. Itu juga memberi keupayaan untuk menghapuskan aci imbangan. Kepala silinder aluminium DOHC 16 injap yang baharu diletakkan di atas blok silinder. Enjin itu kini menggunakan timing chain untuk memacu kedua-dua camshafts dan bukannya timing belt. Sistem MIVEC Mitsubishi (Mitsubishi Innovative Valve-timing Electronic Control) digunakan pada kedua-dua intake and exhaust camshafts. Untuk pengurangan berat, enjin itu dilengkapi dengan cylinder head cover plastik dan intake manifold plastik (versi N/A). Enjin ini masih mempunyai sistem multi-point fuel injection dikawal secara elektronik dan pencucuhan elektronik baharu dengan palam pencucuh iridium dan individual ignition coils untuk mengurangkan emission.

Masalah dan tahap ketahanan enjin 4B11

Enjin 4B11 berbunyi bising. Bunyi ini semakin kuat sewaktu memanaskan enjin (knocking seperti enjin diesel) dan akan berkurang apabila enjin cukup panas. Masalah biasa untuk enjin keluaran sebelum 2009 ialah stretched timing chain. Tanda-tanda itu adalah bunyi yang meningkat dan operasi yang tidak stabil. Versi turbo mempunyai masalah dengan piston rings. Tetapi jika dilihat secara keseluruhan, kita boleh mengatakan bahawa ia sebuah enjin turbo yang reliable. Jangka hayatnya hampir 320,000 km untuk enjin bukan turbo. 4B11T pula adalah enjin berprestasi tinggi dan untuk mengharapkan ketahanan dan jangka hayat yang panjang daripadanya adalah satu ironi, tetapi ketahanannya masih setanding dengan pendahulunya - 4G63T.

[1]

  1. ^ "Mitsubishi 4B11/4B11T 2.0L Engine Specs, Problems & Reliability". motorreviewer.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.