Eu Tong Sen | |||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
余東旋 | |||||||||||||||||||
![]() Eu Tong Sen | |||||||||||||||||||
Kelahiran | |||||||||||||||||||
Meninggal dunia | 11 Mei 1941 | (umur 63)||||||||||||||||||
Pekerjaan | Peniaga | ||||||||||||||||||
Pasangan | 11 orang | ||||||||||||||||||
Anak-anak | 13 org lelaki 11 orang perempuan | ||||||||||||||||||
Ibu | Leung Kum Yow [1] | ||||||||||||||||||
Bapa | Eu Kong Pui [2] | ||||||||||||||||||
|
Eu Tong Sen OBE RM (Bahasa Cina: 余東旋; 23 Julai 1877 - 11 Mei 1941) adalah seorang ahli perniagaan di Tanah Melayu, Singapura dan Hong Kong pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.[2] Beliau bertanggungjawab mengembangkan perusahaan ubat tradisi Cina iaitu syarikat Eu Yan Sang diwarisi dari ayahnya.
Eu Tong lahir di Pulau Pinang, Tanah Melayu (sekarang dikenali sebagai Malaysia) pada 23 Julai 1877. Beliau anak tunggal kepada Eu Kong Pui (Cina Tradisional: 余廣培), anak seorang pakar feng shui asal Jiangxi yang berhijrah dari Foshan di Guangdong mencuba nasib bekerja sebagai pembantu kedai runcit sebelum kemudiannya memulakan perusahaan perlombongan bijih timah dan serta seberapa perniagaan lain;[3] ibunya Leong Lay Yong berhijrah mengikut Eu Kong ke Pulau Pinang dimadukan dengan seorang berpengaruh iaitu Mun Woon Chang.[1] Eu Tong dihantar kembali ke Foshan, China, untuk melanjutkan pendidikannya.[4]
Ayahnya meninggal pada tahun 1890[5] ketika berusia 38 tahun.[2] Eu Tong mewarisi perniagaan tinggalan beliau pada berusia 13 tahun di mana beliau kembali ke Tanah Melayu 2 tahun kemudian[6][4] untuk tinggal bersama dua bapa saydara dan ibu tirinya. Tidak lama selepas itu, beliau berpindah ke rumah seorang pegawai Inggeris iaitu R. Butler dan tinggal di sana selama dua setengah tahun menduduki tuisyen swasta bahasa Inggeris dari F. W. Harley. Dari sana dia berpindah ke Ipoh dan mendaftar di sekolah kerajaan.[2][5] Kemudian dia akan berpindah ke Singapura di mana dia tinggal beberapa lama sebelum pindah ke Hong Kong apabila keadaan perniagaan berubah.[2]
Pada tahun 1898, pada usia 21 tahun, Eu mengambil alih harta pusaka ayahnya dari Grant Mackie dan mendapati perniagaannya semakin merosot. Selama sepuluh tahun berikutnya, dia mengembangkan perniagaan keluarga dan menggandakan kekayaannya berkali-kali. Dia mengembangkan empayar perniagaannya di Singapura, Tanah Melayu dan Hong Kong dan, pada usia 30 tahun, adalah antara orang terkaya di rantau ini.[3]
Eu mewarisi perusahaan ayahnya: dua di Kampar, tiga di Gopeng, satu di Teronoh, satu di Chenderiang, dan satu di Papan menggaji seramai 8,000 orang kuli pada 1908. Di Selangor dia memiliki satu lombong di Ampang dan satu di Kancheng, bersama-sama menggunakan 3,000 kuli. Di Batang Benna, Negeri Sembilan, dia memiliki satu lombong yang menggunakan 1,000 kuli. [7] Beliau pada kemuncaknya memiliki secara keseluruhannya 11 buah lombong dikerjakan 12,000 orang pelombong; namun tahap keuntungan diraih dari kegiatan ini telah lama merosot ketika saat dia mengambil alih pengurusan.[3] Menjelang tahun 1908, dia memiliki
Beliau mengembangkan toko ubat diusahakan ayahnya di Gopeng bernama Eu Yan Sang untuk mempelbagaikan sumber pendapatan selain perlombongan timah dengan bertambahnya kawalan dikenakan kerajaan ke atas industri tersebut.[6] Kedai ini turut mencawang ke Kampar yang mana kedua-dua kedai ini mendatangkan keuntungan pada tahun 1908[7] dengan kelebihan perkhidmatan pengiriman wang memungkinkan para pelombong dan pekerja ladang Cina menghantar pendapatan mereka ke tanah air mereka.[2][7][8]
Banyak cawangan didirikan di Pulau Pinang, Ipoh, Kuala Lumpur, Hong Kong dan Singapura. Pada tahun 1909, Eu menubuhkan cawangan di daerah Sheung Wan di Hong Kong. Apabila cawangannya meningkat dan perniagaannya tersebar secara geografi, potensi pasarannya berkembang dengan sewajarnya.[2][9] Pada tahun 1914, dia mengembangkan khidmat kiriman wangnya seluruh Tanah Melayu serta Hindia Belanda dan selatan China.[6][10] Pada tahun 1920-an ketika perniagaan getah di Tanah Melayu merosot, Eu mengalihkan tumpuannya kepada perniagaan pengiriman wang di Hong Kong.[2]
Eu mendapat darjah kebesaran kerajaan Qing pada tahun 1903.[2] Dia menjualnya semula pada tahun 1906.
Dia merupakan naib presiden Persatuan Anti-Opium dan anggota Lembaga Kebersihan Kinta.[7]
Eu meninggal dunia akibat serangan jantung pada 11 Mei 1941 di Hong Kong pada usia 63 tahun. [3]