Euboea (mitologi)

Euboea (sebutan: /jubiɑ/; Bahasa Yunani Kuno: Εὔβοια, Eúboia bermaksud 'lembu baik') ialah nama beberapa orang wanita dalam mitologi Yunani.

  • Euboea, salah seorang anak perempuan naiad, iaitu semangat air, dari Argos kepada dewa sungai Asterion. Euboea dan adik-beradik perempuannya, Acraea dan Prosymna, ialah pengasuh-pengasuh Hera.[1]
  • Euboea, ibu kepada Triopas[2] dan mungkin juga Arestor[3] dengan Phorbas, raja Argos.
  • Euboea, salah seorang anak perempuan naiad kepada dewa sungai Asopus[4] dan mungkin Metope, nimfa sungai dan anak perempuan kepada sungai Ladon.[5] Euboea ialah saudara perempuan Aegina, Thebe, Plataea, Sinope, Thespia, Tanagra, Corcyra dan Salamis. Dua yang terakhir dan Euboea semuanya diculik oleh Poseidon daripada bapa mereka.[6] Poseidon membawanya ke Euboea[7] di mana namanya menjadi nama pulau tersebut.[8][9] mungkin sama dengan Chalcis[5] atau Combe,[10] anak-anak perempuan Asopus dalam beberapa mitos.
  • Euboea, anak perempuan Larymnus. Dia dan Polybus dari Sicyon mungkin ibu bapa Glaucus.[11]
  • Euboea, anak perempuan Macareus, raja Locris. Dia melahirkan anak lelaki Apollo, Agreus.[12] Kemungkinan kakak Euboea ialah Megaclite, permaisuri Zeus.[13]
  • Euboea, seorang puteri Thespia sebagai salah seorang daripada 50 orang anak perempuan Raja Thespius dan Megamede[14] atau salah seorang daripada beberapa orang isterinya.[15] Apabila Herakles berburu dan akhirnya membunuh singa Kithairon,[16] Euboea bersama dengan adik-beradik yang lain, kecuali seorang,[17] semuanya menidurinya dalam satu malam,[18] seminggu[19] atau selama 50 hari[20] sebagaimana yang bapa mereka arahkan.[21] Euboea melahirkan Herakles seorang anak lelaki, Olympus.[22]
  1. ^ Pausanias, 2.17.1.
  2. ^ Scholia mengenai Euripides, Orestes 920.
  3. ^ Scholia mengenai Euripides, Phoenician Women 1116
  4. ^ Corinna, fr. 654 Campbell, pp. 26–35.
  5. ^ a b Diodorus Siculus, 4.72.1.
  6. ^ Corinna, fr. 654 Campbell, pp. 26–35.
  7. ^ Nonnus, 42.411
  8. ^ Eustathius mengenai Homer, hlm. 278; Strabo, 10.1.3; Stephanus of Byzantium, s.v. Euboia
  9. ^ "William Smith, Dictionary of Greek and Roman Biography and Mythology, v. 2, page 60". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-07. Dicapai pada 2011-09-02.
  10. ^ Stephanus of Byzantium, s.v. Khalkis.
  11. ^ Athenaeus, 7.296b (hlm. 329).
  12. ^ Hyginus, Fabulae 161.
  13. ^ Pseudo-Clement, Recognitions 10.21
  14. ^ Apollodorus, 2.4.10; Tzetzes, Chiliades 2.222
  15. ^ Diodorus Siculus, 4.29.2.
  16. ^ Apollodorus, 2.4.9.
  17. ^ Pausanias, 9.27.6; Diodorus Siculus, 4.29.3, f.n. 51.
  18. ^ Pausanias, 9.27.6–7; Gregorius Nazianzenus, Orat. IV, Contra Julianum I (Migne S. Gr. 35.661).
  19. ^ Athenaeus, 13.4 dengan Herodorus sebagai pihak berwibawa; Diodorus Siculus, 4.29.3, f.n. 51.
  20. ^ Apollodorus, 2.4.10; Diodorus Siculus, 4.29.3; Tzetzes, Chiliades 2.224.
  21. ^ Apollodorus, 2.4.10; Diodorus Siculus, 4.29.3
  22. ^ Apollodorus, 2.7.8.