Fakku | |
---|---|
Maklumat umum | |
URL | www |
Eponim | fuck |
Jenis | Penerbitan hentai dan manga |
Tersedia dalam | Inggeris |
Ditubuhkan | 2006 |
Pengurusan dan pentadbiran | |
Pemilik | Jacob Grady (Pengasas, KPE) |
Kandungan dan sokongan | |
Industri | Pornography industry (en) |
Keluaran | Filem pornografi |
Komersial | Ya |
Dilancarkan pada | 2006 |
Status terkini | Aktif |
Perangkaan | |
Kedudukan Alexa | Global: ▼18,686 (Jun 2020) |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Portland , Amerika Syarikat |
Pautan luar berkaitan | |
Pautan lain | |
sunting · sunting di Wikidata |
Fakku (digayakan sebagai FAKKU!, atau ringkasnya F!) ialah penerbit hentai berbahasa Inggeris terbesar di dunia.[1] Laman web ini menarik lebih dari 1 bilion paparan halaman sebulan dan lebih daripada 9 juta pelawat unik.[2]
Fakku pada awalnya merupakan penghimpun yang menyediakan pengguna dengan scanlation (imbas terjemah) manga dewasa dan dōjinshi dari Jepun. Pada mulanya, kandungannya dimuat secara eksklusif oleh pentadbir laman web, tetapi kemudian hak istimewa ini dikongsi dengan masyarakat yang membolehkan penterjemah dapat melihat karya mereka oleh pembaca yang jauh lebih besar. Namun pada akhir 2015, Fakku membuat peralihan perkhidmatannya kepada penerbitan manga hentai berlesen rasmi.[3]
Fakku dan penciptanya Jacob Grady mempunyai hubungan kenalan dengan Danny Choo, seorang personaliti TV dan blogger dari Malaysia. Pada Anime Expo 2010, 2011, dan 2012 (di Los Angeles, California) Jacob dan Danny mengadakan pertemuan komuniti yang menarik para peminat dan pengguna yang besar.[4][5][6]
Fakku diciptakan pada bulan Disember 2006 oleh Jacob Grady semasa dia belajar sains komputer di Massachusetts.[7] Fakku dikembangkan dengan nama kod "AAH" atau "All About Hentai" (yang kemudian menjadi tajuk kecil laman web tersebut). Jacob pada mulanya menggunakan wang daripada pinjaman pelajar untuk membayar kos pelayan dan lebar jalur, tetapi itu dengan cepat menjadi tidak berkekalan dan tidak lama kerana selepas pelancarannya Fakku terpaksa ditutup. Fakku kembali beroperasi setelah sumbangan pengguna menyelamatkan laman web tersebut pada Julai 2007.
Pada 21 Disember 2018, laman web strim dan sari kata peminat hentai, Hentai Haven (yang ditutup sehari sebelumnya) mengumumkan bahawa mereka telah bekerjasama dengan Fakku untuk mewujudkan semula laman web ini.[8] Pada 11 Mei 2019, laman web Hentai Haven memulakan kiraan untuk ia mula beroperasi semula dan diaktifkan semula mulai 12 Mei 2019.
Pada 7 Julai 2019, PapaHH, pengasas Hentai Haven, membuka mulut dan menyiarkan mesej di laman utama laman web itu, dengan mendakwa bahawa "Fakku telah mengambil alih dan mengeluarkan [dia] sepenuhnya."[9] Grady mengakui bahawa dia mempunyai dendam terhadap Hentai Haven, kerana ini adalah hasil carian pertama apabila seseorang mencari "hentai" di Google dan bukannya Fakku, yang menurutnya ialah satu-satunya penerbit hentai rasmi di Amerika Syarikat.[9] Diumumkan sehari kemudian bahawa Grady dan PapaHH telah menyelesaikan masalah ini secara peribadi,[10] lalu laman web tersebut dimasukkan kembali dalam talian.