Fangire

Puak Fangire (ファンガイア族, Fangaia Zoku) puak dongeng yang berdasarkan pontianak di dalam drama Kamen Rider Kiva. Mereka merupakan pontianak yang seolah-olah berasal daripada kaca keras dan menyedut "Roh Tenaga" (ライフエナジー, Raifu Enajī) manusia untuk hidup. Semua ahli puak Fangire mampu muncul kekal dengan bentuk badan manusia apabila mereka menyedut "Roh Tenaga" manusia dengan menggunakan taring kaca mereka. Oleh itu, mereka mampu menjalankan aktiviti mereka secara senyap tanpa diketahui masyarakat tempatan. Apabila "Roh Tenaga" manusia disedut, manusia berkenaan akan bertukar menjadi lutsinar seperti kaca, dan kadang-kadang badan kaca ini hancur berkecai apabila disentuh.

Setiap puak Fangire berasal dari kaum-kaum kecil, yang nama kaum-kaum ini diambil dari binatang atau makhluk-makhluk dongeng. Setiap puak pula berasal dari suku tertentu. Tambahan pula, apabila Fangire ini bertukar bentuk, mereka menyerupai bentuk binatang. Malah, mereka juga mempunyai nama asal dan jangka hayat lebih dari 300 tahun, sekiranya tidak dihapuskan. Apabila ahli Fangire mati, badan mereka akan bertukar menjadi kaca dan berkecai. Mana-mana Fangire yang dibunuhkan oleh Kiva bertukar menjadi kaca manakala "roh" mereka dikurung di dalam badan Castle Doran. Sekiranya "roh" itu gagal dikurung, ia akan terlesap atau bergabung dengan mana-mana "roh' yang lain menjadi raksasa aura yang dipanggil Sabbat (サバト, Sabato). Kamen Rider IXA versi 10 pula mampu memusnahkan badan dan roh Fangire secara menyeluruh.

Kaum dalam Fangire

[sunting | sunting sumber]

Secara kasar, Fangire mempunyai banyak kaum kecil. Namun, terdapat juga kaum yang pupus atau hampir pupus. Berikut disenaraikan sebahagian kaum yang ditonjolkan dalam drama Kamen Rider Kiva:

Kaum Beast

[sunting | sunting sumber]

Sehingga kini, sebanyak sepuluh suku Fangire dari kaum ini telah ditunjukkan. Mereka adalah:

  1. Horse Fangire (ホースファンガイア, Hōsu Fangaia) dari suku Kuda,
  2. Sheep Fangire (シープファンガイア, Shīpu Fangaia) dari suku Bebiri,
  3. Rhinoceros Fangire (ライノセラスファンガイア, Rainoserasu Fangaia) dari suku Badak Sumbu,
  4. Grizzly Fangire (グリズリーファンガイア, Gurizurī Fangaia) dari suku Beruang,
  5. Lion Fangire (ライオンファンガイア, Raion Fangaia) dari suku Singa,
  6. Warthog Fangire (ウォートホッグファンガイア, Wōtohoggu Fangaia) dari suku Babi Hutan Afrika,
  7. Moose Fangire (ムースファンガイア, Mūsu Fangire) dari suku Moose,
  8. Rat Fangire (ラットファンガイア, Ratto Fangaia) dari suku Tikus,
  9. Polar Bear Fangire (ポーラベアーファンガイア, Pōra Beā Fangaia) dari suku Beruang kutub, dan
  10. Bat Fangire (バットファンガイア, Batto Fangaia) dari suku Kelawar Pontianak.

Ahli Checkmate Four, Rook dan King, berasal dari suku Singa dan Kelawar Pontianak. Selain itu, satu suku baru dari kaum ini telah diperkenalkan menerusi filem iaitu: Zebra Fangire (ゼブラファンガイア, Zebura Fangaia) dari suku Kuda Belang.

Kaum Aqua

[sunting | sunting sumber]

Sehingga kini, sebanyak lapan suku Fangire dari kaum ini telah ditunjukkan. Mereka adalah:

  1. Octopus Fangire (オクトパスファンガイア, Okutopasu Fangaia) dari suku Sotong,
  2. Prawn Fangire (プローンファンガイア, Purōn Fangaia) dari suku Udang,
  3. Frog Fangire (フロッグファンガイア, Furoggu Fangaia) dari suku Katak,
  4. Seastar Fangire (シースターファンガイア, Shīsutā Fangaia) dari suku Tapak Sulaiman,
  5. Shark Fangire (シャークファンガイア, Shāku Fangaia) dari suku Ikan Yu,
  6. Crab Fangire (クラブファンガイア, Kurabu Fangaia) dari suku Ketam,
  7. Pearlshell Fangire (パールシェルファンガイア, Pāru Sheru Fangire) dari suku Tiram Mutiara,
  8. Jellyfish (Seamoon Fangire, シームーンファンガイア, Sīmūn Fangaia) dari suku Ubur-ubur,

Ahli Checkmate Four, Maya dan Suzuki Mio, berasal dari suku Tiram Mutiara.

Kaum Insect

[sunting | sunting sumber]

Sehingga kini, sebanyak sembilan suku Fangire dari kaum ini telah ditunjukkan. Mereka adalah:

  1. Spider Fangire (スパイダーファンガイア, Supaidā Fangaia) dari suku Lelabah,
  2. Moth Fangire (モスファンガイア, Mosu Fangaia) dari suku Kekupu,
  3. Earwig Fangire (イヤーウィッグファンガイア, Iyāwiggu Fangaia) dari suku Lelawi,
  4. Ladybug Fangire (レディバグファンガイア, Redibagu Fangaia) dari suku Kumbang Kekura,
  5. Cicada Fangire (シケーダファンガイア, Shikēda Fangaia) dari suku Reriang,
  6. Horsefly Fangire (ホースフライファンガイア, Hōsufurai Fangaia) dari suku Lalat Horsefly,
  7. Swallowtail Fangire (スワローテイルファンガイア, Suwarōteiru Fangaia) dari suku Rerama Swallowtail,
  8. Mantis Fangire (マンティスファンガイア, Mantisu Fangaia) dari suku Mentadak, dan
  9. Silkmoth Fangire (シルクモスファンガイア, Shirukumosu Fangaia) dari suku Ulat sutera.

Ahli Checkmate Four, Bishop berasal dari suku Rerama Swallowtail. Selain itu, satu suku baru dari kaum ini telah diperkenalkan menerusi filem iaitu: Antlion Fangire (アントライオンファンガイア, Antoraion Fangaia) dari suku Serangga Antlion

Kaum Lizard

[sunting | sunting sumber]

Sehingga kini, sebanyak tiga suku Fangire dari kaum ini telah ditunjukkan, iaitu:

  1. Chameleon Fangire (カメレオンファンガイア, Kamereon Fangaia) dari suku Sesumpah,
  2. Tortoise Fangire (トータスファンガイア, Tōtasu Fangire) dari suku Kekura, dan
  3. Sungazer Fangire (サンゲイザーファンガイア, Sangeizā Fangaia) dari suku Cicak Gergasi Sungazer.

Arms Monsters

[sunting | sunting sumber]

Mereka dirujuk sebagai pembantu Kiva pada tahun 2008. Mereka terdiri dari suku-suku Fangire yang telah pupus - suku Wolfen, suku Merman, dan suku Fraken.

Garulu (ガルル, Garuru) adalah salah satu Fangire dari suku Wolfen (ウルフェ, Urufen) yang telah dihapuskan oleh Rook, ahli Checkmate Four. Suku Wolfen sepertinya menggunakan kuku masing-masing untuk "mencungkil roh"hamusia sebelum memakannya. Pada tahun 1986,Garulu dikenali oleh Otoya, Yuri, Shima, dan Akira sebagai Jiro (次狼, Jirō). Namun,pada tahun 2008, Garulu lebih suka untuk tinggal di dalam Caslte Doran. Dia meganggap dunia manusia kini penuh dengan korupsi. Di dalam Castle Doran, Garulu bekerja sebagai Pengurus Harta Castle Doran, dia kerap bermain catur atau daun terup bersama penghuni Castle Doran yang lain.

Semasa dia masih berada di dunia mannusia (pada tahun 1986), Garulu @ Jiro adalah pengunjung tetap kafe Mald'amour milik Akira kerana dia meminati kopi yang dihidangkan di sana. Pada masa yang sama, dia menyerang pengunjung-pengunjung yang lain yang juga menikmati kopi di sana kecuali Yuri, kerana dia meminatinya. Dia adalah makhluk pertama yang menggunakan sistem IXA. Dia banyak kali cuba membunuh Otoya kerana Otoya adalah penghalang baginya untuk memikat hati Yuri. Akhirnya, apabila Yuri sudah tahu identiti Garulu, dia memilih untuk menyembungikan diri untuk sementara.

Pada tahun 2008, Garulu yang tinggal di dalam Castle Doran mengaku pernah membuat sumpah kepada Otoya untuk membantu Kiva bersama rakan-rakannya, Bassha dan Dogga. Dia juga pernah bersumpah untuk melindungi manusia sekiranya Organisasi Biru Langit Hebat dibubarkan.

Nama Garulu (ガルル) diambil dari ejaan bunyi serigala menyalak dalam bahasa Jepun. Manakala nama Jiro pula diambil dari ejaan kanji untuk "serigala" (, ōkami/rō).

Bassha (バッシャー, Basshā) adalah Fangire dari suku Merman (マーマ, Māman). Personalitinya lebih kebudak-budakkan tetapi matang. Dia berkebolehan untuk menembak bebuih air tang dimampatkan dari mulutnya. Pada tahun 2008, Basshaa menginap di Castle Doran dan bekerja sebagai suri rumah, tetapi mengenakan unifom kelasi sekolah menengah rendah. Selain itu, dia berkebolehan untuk menyerabutkan permainan catur rakan-rakannya dalam Castle Doran dengan tenaga telekinetik.

Pada tahun 1986, Bassha dikenali sebagai Ramon (ラモン). Dia bekerja sebagai budak pengilat kasut di gerai haram. Kadang-kadang, dia menolong Garulu di dalam rancangannya untuk mengahwini Yuri, walaupun kadang-kadang tindakan Garulu itu berbahaya kepada Bassha dan Dogga. Setelah gerainya dirobohkan oleh pihak berkuasa tempatan, dia dan Dogga bekerja di kafe Mald'amour sebagai Penyambut Tetamu.

Ramon juga pernah membuat sumpah kepada Otoya untuk membantu Kiva bersama-sama Garulu dan Dogga.

Nama "Basshā" (バッシャー) diambil dari ejaan bahasa Jepun bagi bunyi kocakan air.

Dogga (ドッガ, Dogga) adalah Fangire dari suku Franken (フランケ, Furanken), antara suku Fangire yang paling kuat. Cara suku ini memakan "roh" manusia adalah dengan menyedut "roh' itu dalam bentuk kejutan elektrik. Dia bekerja di dalam Castle Doran sebagai Pelayan Senior. Dia dikenali sebagai Riki (力(リキ)), sewaktu berada di dunia manusia. Gaya percakapannya sangat perlahan. Kadang-kadang, dia wakilkan Ramon atau Jiro untuk menyampaikan sesuatu maklumat. Dia mempunyai tabiat membunyikan angin pada lehernya. Malah, dia juga suka makan makanan yang ganjil.

Pada tahun 1986, Riki berkerja bersama Ramon sebagai tukang urut. Kemudiannya, setelah gerai tempat mereka bekerja dirobohkan, dia bekerja sebagai pelayan di kafe Mald'amour. Dia jatuh hati pada Yuri setelah mencuba nasi goreng pattaya yang rentung masakan Yuri.

Dogga juga telah membuat sumpah kepada Otoya bersama Bassha dan Garulu untuk membantu Kiva.

Nama "Dogga" (ドッガ) diambil dari ejaan Jepun bagi bunyi hemtaman yang kuat, barangkali objek seperti tukul. Perkataan "Riki" pula dieja menggunakan ejaan kanji yang sama untuk kanji "kuasa" (, chikara).

Checkmate Four

[sunting | sunting sumber]

Checkmate Four (チェックメイト・フォー, Chekkumeito Fō) adalah ahli puak Fangire yang paling kuat. Setiap seorang daripada mereka mempunyai tatu berbentuk buah catur tertentu. Mereka juga dipanggil berdasarkan tatu mereka. Sebagai ahli Checkmate Four, mereka mempunyai tugasan tersendiri. Sekiranya salah seorang daripada mereka mati, akan muncul pengganti mereka dari puak Fangire yang lain.

Rook (ルーク, Rūku) dikenal pasti melalui lambang buah catur Tir pada tapak tangannya. Namun tugasnya tidak diketahui secara terperinci. Namun, pada tahun 2008, Rook bekerja sama dengan Bishop untuk merekrut King dan Queen yang baru, seolah-olah dia memangku tugas King.

Rook yang dipaparkan dalam drama Kamen Rider Kiva adalah satu-satunya individu yang bertanggungjawab membunuh ibu Aso Yuri dan suku Wolfen. Sehingga kini, hanya satu Fangire yang menduduki tempat Rook. Dia juga dinamakan sebagai Dai Chan (大ちゃん, Daichan) pada tahun 2008 oleh Wataru dan Shizuka kerana saiz badannya yang besar. Ketika itu, dia telah kehilangan ingatan termasuk namanya. Namun, apabila ingatannya pulih, dia kembali memainkan peranannya sebagai Rook dan bermusuhan dengan manusia termasuk Wataru.

Bishop (ビショップ, Bishoppu) dikenal pasti melalui lambang buah catur Gajah pada tapak tangannya. Tugas utamanya tidak diketahui. Namun, pada tahun 2008, dia bekerja sama dengan Rook untuk merekrut King dan Queen yang baru, dan memangku tugas Queen untuk memusnahkan pengkhianat Fangire yang sedang atau cuba menjalinkan hubungan dengan manusia. Selain itu, dia juga bertindak sebagai perancang utama aktiviti Checkmate Four.

Queen (クイーン, Kuīn) dikenal pasti melalui lambang buah catur Ratu pada tapak tangannya. Tugasnya adalah memusnahkan mana-mana Fangire yang cuba dan sedang menjalinkan hubungan dengan manusia, malah menganggap mereka sebagai pengkhianat. Pada tahun 1986, tugas Queen dipikul oleh Maya. Namun pada tahun 2008, tugas Queen dipikul oleh Mio. Queen juga bertanggung jawab membantu King dalam melaksanakan tugasnya. Selain itu, Queen juga bertanggung jawab melindungi puak Fangire dari ancaman mana-mana individu yang berpotensi menggugat keharmonian mereka.

King (キング, Kingu) dikenali melalui lambang buah catur Raja pada tapak tangannya. Tugasnya adalah untuk menghalang manusia berevolusi melampaui puak mereka. King pada tahun 1986 dipikul oleh ayah Taiga dan 2008 dipikul oleh Taiga melalui warisan ayahnya. Taiga pada tahun 1986 berumur kira-kira setahun.