Flait Sarjan ialah satu pangkat Penyelia Kanan dalam perkhidmatan Lain-Lain Pangkat dalam Tentera Udara DiRaja Malaysia. Tarafnya di antara Sarjan Udara dan Pegawai Waran Udara II. Ia setaraf dengan Staf Sarjan dalam Tentera Darat Malaysia dan Bintara Kanan dalam Tentera Laut DiRaja Malaysia. Seperti kedudukan pangkat dalam ATM, pangkat Flait Sarjan juga dikenali sebagai Bintara dan diklasifikasi Pegawai Tanpa Tauliah Kanan
dalam kelasnya. Kedudukan pangkat beliau sebagai Penyelia Kanan ialah dimana beliau akan bertanggungjawab kepada orang yang diatasnya (Pegawai Waran atau Pegawai Bertauliah) dan anggota bawahannya yang terdiri dari Koperal Udara, Laskar Udara Kanan dan Laskar Udara setaraf. Gred Gaji bermula Z 8 (32) RM 3189.00 dan Maksimum RM 6522.00
[http://]
Anggota yang berpangkat ini akan dipanggil sebagai "Flait Sarjan", "Flait"[1] ataupun gelaran "Chief[2]/Chiefi" berdasarkan ketukangan dan situasi lokasi beliau. Selalunya didalam perbarisan, beliau akan dipanggil sebagai "Flait". Gelaran "Chief" selalunya berdasarkan panggilan beliau sebagai anggota teknikal dan operasi.
Pangkat Flait Sarjan setara dengan pangkat LLP RAF dengan pangkat Chief Technician ataupun [[3]] Flight Sergeant [[4]]