Fly By Night | |
---|---|
Pengarah | Zahir Omar |
Penulis | Dain Said Ivan Yeo Zahir Omar Frederick Bailey |
Dibintangi |
|
Sinematografi | Low Soon Keong |
Disunting oleh | Heng Yin-Chau |
Syarikat penerbitan |
|
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 1 jam 40 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Mandarin Kantonis Melayu |
Pecah panggung | RM 121 ribu |
Fly By Night atau Sebelum Pagi Berakhir (Bahasa Cina: 非常盗) merupakan filem drama ngeri jenayah Malaysia 2019 oleh Zahir Omar. Ia mengisahkan empat pemandu teksi yang memeras ugut wang dari penumpang kaya, tetapi perkara jadi buruk apabila salah seorangnya bekerja dengan mangsa untuk mengungut kekasihnya, manakala seorang polis ganas dan kumpulan along sedang mengejar mereka.
Ia ditayangkan pada 11 April 2019 di Malaysia, Singapura dan Brunei dan mendapat balasan positif. [1][2][3][4][5]
Empat orang pemandu teksi di Kuala Lumpur melakukan kegiatan memeras ugut penumpang kaya yang diambil dari lapangan terbang dengan pelan sempurna. Antaranya Tai Lo dan Sai Lo, adik beradik yang berhutang tinggi. Situasi menjadi mengancam buat mereka apabila adik, Sai Lo bekerjasama dengan satu mangsa yang mahu mengugut kekasihnya yang curang. Sementara itu, Inspektor Kamal dan kumpulan gang yang ganas mula mengejar mereka dari mereka. Apakah yang akan berlaku kepada mereka?