foodpanda | |
---|---|
Maklumat umum | |
URL | foodpanda |
Jenis | Anak syarikat |
Ditubuhkan | 2012 |
Pengurusan dan pentadbiran | |
Pemilik | Delivery Hero (en) ![]() ![]() |
Pengasas |
|
CEO | Jakob Angele |
Syarikat induk | Delivery Hero |
Kandungan dan sokongan | |
Industri | Penghantaran makanan dalam talian |
Perangkaan | |
Bil. kakitangan | 1,001 - 5,000 pekerja |
Lokasi | |
Ibu pejabat | |
Kawasan diberi khidmat | Laos, Thailand, Taiwan, Bangladesh, Pakistan, Malaysia, Filipina, Kemboja, Hungary, Slovakia, Singapura, Myanmar dan Hong Kong ![]() |
Pautan luar berkaitan | |
Pautan lain | ![]() ![]() |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Foodpanda (dijenamakan dengan semua huruf kecil sebagai foodpanda) ialah sebuah pasaran penghantaran makanan mudah alih yang beribu pejabat di Berlin, Jerman[1] berurusan di 10 negara dan wilayah.[2] Perkhidmatan ini membenarkan pengguna untuk memesan dah menempah makanan dari restoran dan kedai makan tempatan melalui aplikasi telefon juga dari laman sesawang. Syarikat itu telah berkongsi perkhidmata dengan 27,095 restoran di 193 bandar dan mempunyai lebih daripada 15,733 penghantar pesanan. Firma tersebut telah diperoleh Delivery Hero pada awal Disember 2016.[3]
Perniagaan Foodpanda di India diperolehi oleh sebuah syarikat pengagregat teksi India bernama Ola pada 29 Disember 2017 dengan sejumlah wang yang tidak didedahkan.[4]
Kumpulan Foodpanda diasaskan oleh Ralf Wenzel, Rohit Chadda, Ben Bauer, Felix Plog pada tahun 2012. Perniagaan Foodpanda di Singapura dilancarkan oleh Lukas Nagel dan Rico Wyder.[5] Dalam bulan Februari 2014, Foodpanda mendapat saingan di Pakistan dengan syarikat Eat Oye!.[6] Pada November 2016 Foodpanda menjual perniagaan Delivery Club di Rusia kepada mail.ru dengan jumlah sebanyak $100 juta.[7] Pada Disember 2016, kumpulan Foodpanda diperolehi pesaing Jerman Delivery Hero.[3] Perniagaan Foodpanda di India diperolehi Ola dengan tawaran semua saham pada 11 Disember 2017.[4]
Pada 1 November 2017, Foodpanda jenama semula daripada warna jingga ke merah jambu dengan logo yang dikemas kini di serata dunia. Penjenamaan ini berlaku selepas pemerolehan oleh syarikat teknologi besar Delivery Hero pada Disember 2016, menukarkan warna jenama mereka daripada jingga kepada merah jambu. Walaupun logo panda mereka dikekalkan di wajah jenama, ia diubah suai dengan penampilan yang lebih bulat dan lebih "moden". Menurut syarikat tersebut, logo baharu ini bertujuan untuk jadi lebih mudah diingati orang ramai. Tambahan pula, gaya fon (font) Foodpanda juga ditukarkan kepada fon yang lebih sezaman dan kontemporari, sehaluan dengan impian baharu mereka. Merah jambu juga warna istimewa syarikat beradik, foodora.
Penjenamaan semula ini akan dilaksanakan serata dunia di 190 bandar merangkumi 11 buah negara (kecuali India di mana perniagaan mereka dijual kepada Ola Cabs) termasuklah Singapura, Malaysia, Hong Kong, Filipina, Taiwan dan Thailand. Tambahan dengan identiti baharu ini, syarikat tersebut juga melancarkan aplikasi baharu dan bahagian depan dengan nilai tambahan kepada pelanggan, juga termasuk antara muka yang lebih mesra pengguna atau ciri-ciri seperti penjejak pesanan dan masa penghantaran dinamik. Dan sebahagian dengan wajah baharunya, syarikat tersebut harus mengemaskinikan aplikasi, laman sesawang, dan platform digital yang lain mereka, sebelum maju ke lebih daripada 1,500 restoran perkongsian di Singapura untuk menukarkan semua cagaran restoran jingga mereka.[8]
Pada hujung 30 April 2024, Foodpanda melancarkan jenama barangan runcit sendiri iaitu Bright khas untuk khidmat penghantaran.[9]
Foodpanda memproses dan menghantar pesanan terus ke restoran kongsi, yang kemudiannya menghantarkan pesanan tersebut kepada pelanggan. Khidmat ini boleh digunakan melalui laman sesawang dan aplikasi mudah alih.[10][11] Pelanggan pesan makanan dengan memasukkan poskod mereka pada laman tersebut dan layar mencari makanan daripada pelbagai restoran. Pelanggan juga dapat tokok tambahkan pesanan lain daripada restoran sebelum memasukkan alamat dan terus keluar ke pembayaran. Restoran-restoran menerima dan hantarkan pesanan kepada pelanggan. Foodpanda kirimkan sepucuk SMS untuk mengesahkan pesanan dan anggaran waktu ketibaan.
Foodpanda terima pesanan melalui laman sesawang dan aplikasi mudah alih.[12] Ia menghubungkan pelanggan dengan restoran yang menawar khidmat penghantaran makanan dalam kawasan mereka dan membenarkan pelanggan pilih, pesan dan bayar dalam talian. Foodpanda juga mempunyai petak ulasan, di mana pelanggan dapat memberi ulasan terhadap jualan, hantaran, rasa dan penampilan keseluruhan restoran-restoran.[13][14]
Syarikat tersebut meraih sejumlah $318 juta dalam modal usaha niaga.[15] Foodpanda mendapat $20 juta dalam pembiayaan awal dari Investment AB Kinnevik, Phenomen Ventures dan Rocket Internet pada April 2013.[16][17] Pada bulan September 2013, iMENA Holdings melaburkan sebanyak $8 juta.[18] Pada Februari 2014, ada sebuah lagi pusingan pendanaan, berjumlahkan $20 juta daripada sekumpulan pelabur, termasuklah Phenomen Ventures.[19] Pada 11 Ogos, syarikat tersebut mengumumkan bahawa mereka telah mengumpulkan $60 juta lagi dalam pembiayaan daripada sekumpulan pelabur.[20] Pada Mac 2015, syarikat tersebut mengumumkan bahawa mereka telah mendapat $110 juta daripada Rocket Internet, juga daripada pelabur lain.[21] Tidak sampai dua bulan kemudian, sekumpulan pelabur, termasuklah Goldman Sachs, melaburkan $100 juta dalam Foodpanda.[22]
Pada September 2019, cawangan Foodpanda di Malaysia memperkenalkan suatu skim gaji yang lebih bertumpu kepada pemberian upah secara kadar hari berbanding jam kerja. Pengarah urusan cawangan tersebut, Sayantan Das menyatakan perubahan ini "membolehkan penghantar makanan yang mahu bekerja lebih mendapat kuantiti penghantaran tinggi justeru mendapat lebih pendapatan" melalui kelonggaran tempoh waktu yang dianggap bersesuaian dengan jadual sendiri kepada para pekerja.[23][24] Walau bagaimanapun, para penunggang ada menyatakan kerisauan bahawa pelaksanaan skim ini tidak begitu dijelaskan tanpa adanya perwakilan syarikat yang turun padang, maka ia dilihat smampu menjejaskan pendapatan penunggang secara ketara. Oleh sebab itu, banyak penunggang seluruh Malaysia memutuskan untuk mogok mendesak maklum balas segera dari pihak Foodpanda di mana mereka berhenti menerima sebarang pesanan makanan yang ditempah pada hari itu. Sebanyak 800 orang penunggang mogok di Johor Bahru,[23] 100 orang penunggang mogok di Kuala Lumpur dan lebih kurang 100 orang lagi bertindak sama di Kota Kinabalu.[24] Keadaan ini mendapat perhatian daripada Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq yang melihat pernyataan dilakukan Sayantan seakan bersifat "tiada masalah" dengan situasi ini - Syed sendiri berkata dalam akaun Twitternya: "Sebagai korporat, mereka dibangunkan oleh pekerja/pengguna, & boleh dijatuhkan oleh pekerja/pengguna. Keangkuhan bukan jalan penyelesaian".[25]
Foodpanda kini berurusan di 11 buah negara di Asia, Eropah Timur dan Asia Barat, termasuklah
Kumpulan Delivery Hero mempunyai berbagai-bagai jenama di peringkat antarabangsa. "Foodpanda" di Asia dan Eropah Timur, "Foodora" di Eropah, Australia dan Canada, "hellofood" di Asia Barat, "Delivery Club" di Rusia, "24h" di Emiriah Arab Bersatu, "NetPincer" di Hungary, "Donesi.com" di Serbia, Bosnia & Herzegovina dan Montenegro, "Pauza" di Croatia, dan "Otlob" di Mesir.[perlu rujukan]
|dead-url=
(bantuan)
|dead-url=
(bantuan)
|dead-url=
(bantuan)