Gabungan Sabah Bersatu United Sabah Alliance ݢابوڠن سابه 沙巴联合阵线 | |
---|---|
Singkatan | GS USA |
Pengerusi | Mohd Noor Mansoor |
Timbalan Pengerusi | Yong Teck Lee Mohd. Arshad Mualap |
Setiausaha | Edward Dagul |
Ditubuhkan | 21 November 2016 |
Didahului oleh | United Borneo Alliance (UBA) |
Digantikan oleh | Gabungan Bersatu Sabah (GBS) |
Ibu pejabat | Kota Kinabalu, Sabah |
Keanggotaan | 1.SAPP 2.STAR SABAH 3.PHRS 4.PCS 5. PKS |
Ideologi | Nasionalisme Tempatan Sabah Liberalisme ekonomi |
Warna | Hitam, merah, putih dan hijau |
Slogan | Perpaduan Orang-Orang Sabah Untuk Sabah |
Politik Malaysia Parti politik Pilihan raya |
Gabungan Sabah Bersatu (GSB/USA) merupakan sebuah gabungan politik tidak rasmi yang menggabungkan parti tempatan di Sabah di Malaysia. Ia diasaskan bersama oleh Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) selepas SAPP meninggalkan gabungan Barisan Nasional. Parti Cinta Sabah (PCS) juga menyertai gabungan ini tetapi meninggalkannya pada tahun 2017 disebabkan perselisihan faham.[1] Kemudian, Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) dan Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) mengikuti gabungan ini.[2][3]
Gabungan Sabah Bersatu menjadi salah satu blok politik[4] dalam pilihan raya umum 2018 menentang Barisan Nasional dan gabungan Parti Warisan Sabah dan Pakatan Harapan. Walau bagaimanapun, selepas pilihan raya umum 2018, PHRS meninggalkan gabungan ini.[5][6]
Bagi menghadapi pilihan raya negeri Sabah pada September 2020, SAPP dan STAR menyertai gabungan politik tempatan baharu iaitu Gabungan Rakyat Sabah bersama-sama Parti Bersatu Sabah dan Parti Bersatu Rakyat Sabah yang asalnya dari Gabungan Bersatu Sabah, manakala dua parti lain iaitu PPRS dan Parti Kebangsaan Sabah (PKS) bertanding secara sendirian[7]. Walaubagaimanapun, Parti Bersatu Rakyat Sabah telah kembali menjadi ahli Barisan Nasional pada September tahun 2020 yang membuatkan parti berkenaan diliputi oleh banyak khabar-khabar angin berbentuk kontroversi termasuk kontroversi pecah undi parti tempatan Sabah dan kontroversi pengerusi BN, Bung Mokhtar yang terselit dengan aktiviti rasuah. Pada tahun 2016, Khabar angin pernah mengatakan bahawa Parti Kerjasama Rakyat Sabah menyatakan hasrat menyertai gabungan tempatan GS, namun tiada pengesahan telah dibuat pada waktu itu.
|dead-url=
(bantuan)
|dead-url=
(bantuan)